Wanita kahwin dengan hantu minta cerai sebab tak tahan gangguan mistik

Photo of author

By Syima Iza

Wanita kahwin dengan hantu minta cerai sebab tak tahan gangguan mistik.

Seorang wanita dari United Kingdom (UK) pernah mengejutkan orang ramai apabila mengakui berkahwin dengan roh seorang tentera Victoria pada tahun lalu.

Brocarde, 40, bagaimanapun mengumumkan telah bercerai dengan pasangan ‘hantu’ berkenaan kerana tidak tahan sering menerima gangguan mistik berpanjangan.

Wanita kahwin dengan hantu minta cerai sebab tak tahan gangguan mistik

Menurut Brocarde, rumah tangganya mula menjadi goyah selepas roh tentera yang dikenali sebagai Edwardo itu bertukar menjadi agresif dan sering menghantui hidupnya dengan teriakan bayi.

“Saya membuat kesimpulan bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Edwardo adalah dengan menyingkirkannya daripada hidup saya. Jadi saya menjalani proses yang mengerikan di gereja tempat kami pernah bernikah.

“Selepas beberapa jam, saya berasa sangat ringan, seolah-olah terlepas daripada cengkaman roh jahat itu,” demikian menurut Brocarde.

Selepas ‘bercerai’, wanita itu dikatakan sudah menjalani kehidupan yang lebih tenang dan tidak lagi berdepan dengan gangguan mistik.

“Saya dah tak rasa kehadiran atau nampak kelibatnya lagi. Kini saya rasa lebih gembira. Saya dah tak mahu diganggu oleh roh Edwardo. Dia tidak dialu-alukan dalam hidup saya,” kata wanita itu.

Dalam berita berbeza, seorang wanita sanggup mengahwini sebatang sungai yang tercemar, bagi memelihara sungai itu untuk tidak lagi tercemar.

Baca Lagi:
Bekas ratu cantik Vietnam tinggal dunia glamor, pilih jadi petani di kampung sebab ini
Ternak lembu dalam flat, tular video lembu di balkoni tengah makan raih tontonan 4 juta
Penduduk gempar ular sawa gergasi seperti dalam filem ‘Anaconda’ ditemui menjalar di Elmina, Shah Alam