Wanita ini kongsi resepi sayur lemak kulit tembikai, katanya sedap!

Wanita ini kongsi resepi sayur lemak kulit tembikai, katanya sedap!

Wanita ini kongsi resepi sayur lemak kulit tembikai, katanya sedap! Ramai tidak tahu sebenarnya kulit tembikai mempunyai kegunaannya dan ia boleh dijadikan bahan masakan.

Kedengaran sedikit pelik, namun ada sesetengah antara kita yang menjadikan kulit tembikai sebagai pengganti kepada sayur-sayuran lain dalam masakan.

Memetik laporan dari Sinar Plus, seorang tukang masak bernama Siti Aminah Khalid, beliau tidak terkejut sekiranya ramai masih tidak tahu resipi kulit tembikai ini.

Wanita berusia 34 tahun itu pada mulanya mengakui tidak tahu yang kulit tembikai boleh dimakan atau dimasak, sehinggalah beliau melangkah ke alam perkahwinan.

Wanita ini kongsi resepi sayur lemak kulit tembikai, katanya sedap!

Ujarnya, resipi sayur lemak kulit tembikai ini telah diwariskan kepadanya oleh ibu mertua tersayang, Rahmah Saamah.

“Kalau diikutkan, sudah tujuh tahun saya jadikan kulit tembikai sebagai salah satu menu masakan harian. Cubalah, anda pasti suka dan selepas ini kita tidak membazir lagi kalau beli buah tembikai,” katanya.

Menurut Siti Aminah, kulit tembikai yang sudah tidak gunakan akan direbus terlebih dahulu untuk menghilangkan bau. Kemudian, air rebusan dibuang sebelum ia dimasak seperti biasa, sama seperti masakan sayuran lain.

“Untuk membuatkan sayur lemak kulit tembikai lebih menarik, saya lebih suka tambahkan isi ikan rebus dan sayur sampingan lain seperti bayam brazil, lobak merah dan kangkung. Jika mahu rasa yang lebih lemak dan aroma lebih memikat, boleh masukkan lebih banyak isi ikan,” jelasnya lagi.

Siti Aminah menambah, tidak semua kulit tembikai sesuai untuk dimasak kerana ia perlu dipilih mengikut teknik yang betul. Ujarnya, buah tembikai yang baru dipetik sesuai dijadikan pengganti sayur-sayuran kerana kulit yang lama ada rasa kurang manis serta kadangkala pahit.

Ikuti resipi sayur lemak kulit tembikai seperti dibawah. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

Kulit tembikai

Bayam brazil (opsyen)

Seekor isi ikan rebus

1 biji bawang merah dihiris halus

Secubit lada hitam

1 kotak kecil santan

Garam

Cara penyediaan:

Buang kulit bahagian luar tembikai, kemudian potong kecil-kecil dan cuci.

Panaskan air rebusan, masukkan kulit tembikai yang telah dibasuh dan rebus sehingga empuk.

Setelah empuk, tos dan buangkan air rebusan.

Seterusnya, masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bawang dan lada hitam yang telah ditumbuk ke dalam periuk tadi.

Masukkan pula santan, kulit tembikai, bayam brazil, isi ikan rebus dan garam. Kemudian, masak sehingga mendidih.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Baca Lagi:
Lelaki ditangkap ketika mengintai wanita mandi dari atas bumbung rumah
Benua Afrika bakal ‘terbelah’ dua
3 lelaki serang pekerja restoran nasi kandar Cyberjaya setelah berang ditegur ambil lauk guna tangan
CATEGORIES