Wanita ini kongsi cara betul cuci emas sampai berkilat

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ini kongsi cara betul cuci emas sampai berkilat.

Kebanyakan wanita memang menggemari perhiasan emas. Ia juga merupakan antara simpanan dan pelaburan yang akan menjamin masa hadapan. Baik gelang, cincin, rantai, ia adalah pembelian yang akan memanfaatkan kita.

Barang perhiasan yang dibeli akhirnya dipakai setiap hari. Kadang-kadang, warna agak sedikit tidak berkilat kerana dipakai dalam jangka masa yang laian. Ada yang cuci 2 hingga 3 tahun sekali. Itu pun bila ada majlis atau perayaan, kan?

Wanita ini kongsi cara betul cuci emas sampai berkilat

Kalau korang tahu, sebenarnya kita boleh je cuci emas di rumah untuk bersihkan dari kotoran dan peluh supaya berkilat semula.Caranya boleh guna perkongsian Bunga Yanie yang berpengalaman bekerja di kedai selama 13 tahun.

Tak perlu dah nak hantar ke kedai emas untuk cuci kan? Ikuti sahaja langkah cara betul cuci emas ini.

“Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.

Cara betul cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas korang tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.

Langkah-Langkah:

  1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
  2. Tuang periuk bersama air.
  3. Masukkan barang kemas korang ke dalam air sabun tadi dan buka api.
  4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian, boleh tutup api.
  5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
  6. Sental guna berus gigi dan bilas.
  7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
  8. Siap! Boleh pakai semula barang kemas ini. Senang saja kan.

Selamat mencuba tips cara betul cuci emas ini! Jimat dah duit korang untuk pergi kedai cuci emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Baca Lagi:
Kanak-kanak menangis ketakutan lihat ular sawa gergasi panjat pokok dari atap rumah
Tular video anak main alat pam zakar milik bapa jadi bualan ramai, netizen syak kemaluan bapa kecil
Kisah gadis jelita bernama Tiara Karnika dikenali sebagai ‘Anak Pontianak’ yang masih ramai tak tahu