Wanita ini kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar

Wanita ini kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar

Wanita ini kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar. Setiap rakyat Malaysia yang sudah bekerja atau menjalankan perniagaan dan memenuhi syarat ditetapkan, diwajibkan membuat pembayaran pentaksiran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Pengisytiharaan kepada LHDN adalah perlu dan penting kepada setiap orang yang sudah bergaji kerana ia dapat mengelakkan anda dari dikenakan sebarang tindakan seperti denda atau sebagainya.

Wanita ini kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar

Wanita kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar

Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang penasihat akauntan persendirian atau dikenali sebagai Tukangkirakira di TikTok telah berkongsi tiga cara LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan yang tidak diisytihar.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda:

  • Pertama – Apabila anda berurusan dengan syarikat lain mereka akan mengeluarkan satu ‘payment voucher’ di mana di dalamnya tertulis nama serta nombor kad pengenalan si penerima bayaran.
  • Kedua – Melalui komisyen yang diberikan kepada anda iaitu syarikat-syarikat ini perlu mengisi satu borang iaitu CP58 untuk diserahkan kepada pihak LHDN. Jelas wanita itu, sebenarnya kebanyakan ejen tidak mengetahui bahawa pembayaran komisyen tersebut telah diisytihar kepada LHDN.
  • Ketiga – Menerusi media sosial sebagai contoh setiap peniaga adakalanya gemar berkongsi berapakah keuntungan yang diperolehi oleh mereka.

Boleh dikenakan penalti 45%-300% bergantung pada kadar semasa

Malah untuk pengetahuan anda sesiapa yang didapati culas daripada membuat pembayaran cukai boleh dikenakan penalti pada kadar semasa iaitu antara 45%-300% bergantung kepada jenis-jenis kesalahan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Antara senarai kesalahan, denda dan penalti yang boleh dikenakan adalah tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan, sengaja mengelak cukai atau membantu orang lain mengelak cukai, meninggalkan negara tanpa membayar cukai serta banyak lagi.

Bagi kesalahan tersebut anda akan diminta untuk membuat bayaran seperti yang ditetapkan atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau 3 tahun atau kedua-duanya sekali

Untuk maklumat lanjut berhubung kesalahan, denda dan penalti yang dikenakan anda boleh merujuk ke laman sesawang LHDNM.

Melihat di ruangan komen, video tersebut telah mendapat perhatian apabila ramai yang bertanya tentang LHDN dan sebagainya.

“Macam mana nak bersihkan nama dari ‘blacklist’ LHDN”

@tukangkirakira 3 cara LHDN tahu anda mempunyai pendapatan yg tidak diisytihar #technocount #accountingsoftware #accountingstudent #accountingoutsourcing #lhdn #cukaipendapatan #cukaiba ♬ original sound – Technocount

Baca Lagi:
Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000
Mak mertua tuduh bagi suami nasi ‘kangkang’ sebab tak belikan dia emas, siap post kat media sosial
Dua isteri Zainal Abidin berdamai, mahu selesai cara baik
CATEGORIES