Wanita ini jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ini jadi jutawan selepas kerja cuci rumah. Seorang wanita menjadi jutawan seawal usia 23 tahun selepas memulakan perniagaan menawarkan khidmat membersihkan kediaman, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jennifer Hernandez berkongsi kisahnya dan memberi nasihat kepada orang ramai dalam akaun TikTik @tropicalcleanings.

Wanita itu tular bulan lalu selepas memuat naik video yang mendakwa dia menjana pendapatan AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan dengan pekerjaan itu.

Wanita ini jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344).

Wanita itu juga mempunyai 20 pekerja yang bekerja syif lapan jam. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari.

“Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.

Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang.

Ketika memulakan perniagaan, dia hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Suaminya kemudian berhenti kerja untuk membantunya mengembangkan perniagaan tersebut.

@tropicalcleanings_ 3 tips when starting your cleaning business #moneymotivation #sidehustles #cleaningbusiness #moneytok #foryoupage #businessideas #foryoupage #businessideas #smallbusiness #tips ♬ original sound – Start your cleaning business

Baca Lagi:
Saluran paip sinki meletup! 2 kanak-kanak melecur teruk angkara jiran guna asid
Gengster upahan ugut penduduk kampung halang projek korek pasir haram
Budak 11 tahun main lato-lato lebih 2 jam tanpa henti menang hadiah kambing