Wanita ini dakwa dapat ‘lampu hijau’ dari Puteri Sarah jadi isteri ketiga Syamsul

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ini dakwa dapat ‘lampu hijau’ dari Puteri Sarah jadi isteri ketiga Syamsul. Isteri pertama pelakon terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana memberikan ‘green light’ (kebenaran) kepada seorang wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga suaminya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram wanita yang dikenali sebagai @mexxrenn_, dia berkata dengan adanya ‘green light’ tersebut maka dia boleh meneruskan misi yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Saya ada berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia, Puteri Sarah isteri pertama kepada Syamsul Yusof telah memberikan ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

Wanita ini dakwa dapat 'lampu hijau' dari Puteri Sarah jadi isteri ketiga Syamsul

“Kepada yang lain, sila berundur kerana anda tidak ada ‘green light’. Saya akan jalankan tanggungjawab sebagai ‘penyondol’ supaya Ira Kazar tahu bagaimana suami dirampas. Baru keluarga dia tahu ini masalah kecil atau besar,” katanya di dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, di penghujung video berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa tindakannya adalah sekadar gurauan dan hanya ingin melepaskan amarahnya terhadap perbuatan Ira Kazar.

Jelasnya, dia kasihan melihat Puteri Sarah yang mempunyai dua orang anak dan diperlakukan sedemikian oleh orang ketiga.

@mexxrenn_ Replying to @puterisarahliyana @Puteri Sarah liyana ♬ original sound – Barbie 💅🏻

Baca Lagi:
Saya akan sokong Anwar jika terpilih sebagai Presiden Umno – KJ
Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun
Aktivis LGBT dibunuh kejam, mayat dikerat dan biji mata dikorek keluar