Wanita ini cari guru Cina yang pernah bayar yuran pengajian Universiti 36 tahun lepas

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ini cari guru Cina yang pernah bayar yuran pengajian Universiti 36 tahun lepas. Menjadi seorang pendidik sudah pasti bukannya suatu tanggungjawab yang mudah, terutamanya apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar.

Bagaimanapun, seorang guru yang ikhlas mengajar, menyayangi dan membantu pelajarnya sudah pasti akan diingati pelajar selama-lamanya.

Tular satu perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang wanita meminta bantuan untuk mencari guru yang mengajarnya 36 tahun lepas.

Wanita ini cari guru Cina yang pernah bayar yuran pengajian Universiti 36 tahun lepas

Wanita bernama Norasiah Jamil itu mencari gurunya yang berbangsa Cina bernama Pak Lin Haw yang mengajar di sekolah SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang kerana pernah membantunya membayar yuran pengajian univerisiti.

Jelas Norasiah, hasratnya untuk sambung belajar ke peringkat univerisit pernah hampir terkubur berikutan datang dari keluarga susah.

Namun, dengan bantuan serta sokongan moral yang diberi oleh guru tersebut, dia berjaya memenuhi hasratnya.

Guru tersebut bukan sahaja sanggup mengeluarkan wang dari poketnya sendiri, malah turut meminta bantuan kewangan daripada sekolah dan PIBG demi memastikan anak didiknya berjaya suatu hari nanti.

“Terhutang budi sebab dia salah seorang yang paling kuat sokong masa nak masuk UTM (Universiti Teknologi Malaysia).
“Dah nekad nak berhenti belajar sebab keluarga tak mampu. Cikgu sanggup keluarkan duit dia,” luahnya.

Setelah 36 tahun berlalu, Norasiah yang kini sudah berjaya bergelar usahawan ingin menjejaki semula gurunya yang telah banyak berkorban itu.

Dengan kuasa tular media sosial, dia berjaya menjejaki semula dengan insan yang telah mengubah hidupnya.

Memetik sumber Malay Mail, Norasiah memaklumkan dia kini dalam perancangan untuk bertemu semula dengan gurunya.

Baca Lagi:
Teringin nak makan kaki ayam, lelaki terbeli sup kaki ayam kuku panjang macam ‘zombie’
Anak derhaka! Sanggup pijak kepala ibu kerana tak dapat RM20 untuk beli dadah
Ahli Parlimen berhak tarik sokongan jika tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan – Tun M