Wanita ini beli helmet RM86,000 bayar ‘cash’ hadiah kepada suami

Wanita ini beli helmet RM86,000 bayar ‘cash’ hadiah kepada suami

Wanita ini beli helmet RM86,000 bayar ‘cash’ hadiah kepada suami. Demi menggembirakan suami, seorang pengasas kosmetik dan pengusaha kantin di sini, sanggup membeli topi keledar berharga RM86,000 untuk pasangannya itu.

Kisah Nurul Ashikin Mohd Rosni, 30, mendapat perhatian warganet selepas dikongsi pengurus kedai topi keledar itu menerusi hantaran di Facebook (FB).

Menurut Nurul Ashikin, topi keledar berwarna kuning model Shoei Jforce2 Jack itu hadiah kepada suaminya, Mohd Syafik Ahmad, 44, sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 27 Februari ini.

Wanita ini beli helmet RM86,000 bayar 'cash' hadiah kepada suami

Biarpun berharga kayangan Nurul Ashikin tidak kisah kerana helmet itu keluaran terhad dan suka dengan reka bentuknya yang menarik.

“Saya peminat topi keledar dan sudah ada 12 koleksi, tetapi kerana ia berwarna kuning maka saya tidak fikir panjang untuk membelinya.

“Selepas terima kiriman gambar topi keledar itu daripada pengurus kedai, saya terus bersetuju untuk jumpa dan COD (Cash On Delivery) helmet itu di kedainya.

“Suami tahu, malah dia ikut sama ke kedai berkenaan kerana saya bayar secara tunai, memandangkan pindahan secara dalam talian ada had,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Wanita itu juga tidak menganggap beliannya satu pembaziran kerana sudah memasang niat untuk menghadiahkan ia kepada suami.

“Lagipun topi keledar itu edisi terhad dan ada nilainya, malah kalau jual semula pun harganya masih tinggi dan ada orang sanggup beli dengan saya pada harga RM100,000.

“Bagaimanapun, saya tak nak lepaskan kerana mahu hadiahkan kepada suami yang banyak bantu saya dalam perniagaan, ini cara saya menghargai pengorbanannya selama ini,” katanya yang sebelum ini pernah menghadiahkan motosikal berkuasa tinggi kepada suami.

Sementara itu, pengurus kedai topi keledar FT-Garage Racing, Mohd Hafiz Anuar, 32, berkata, Nurul Ashikin adalah pelanggan tetapnya, namun dia tidak menyangka sangka wanita itu sanggup model yang lebih mahal.

@faizlola Kecik2 adik dah byk duit😂😂#shoeihelmet #jackkuning #86k #buyerkental #utara #fypシ゚viral #fyp #esekeli #xyzbca #rxz_members_official ♬ original sound – Faizlola

“Topi keledar itu adalah stok baharu sampai dan saya belum kongsi di FB lagi, cuma saya beritahu Nurul Ashikin kerana dia pelanggan tetap.

“Tak sangka pula dia terus setuju untuk beli dan ambil topi keledar itu pada hari yang sama. Bukan setakat itu, dia juga bayar secara tunai.

“Inilah topi keledar paling mahal pernah saya jual sejak premis dibuka pada 2015,” katanya yang memberitahu sebelum ini helmel paling mahal dijual berharga RM46,000.

Mengenai perkongsiannya di FB, Mohd Hafiz berkata, ia untuk tatapan pengikutnya sahaja dan tidak sangka tular hingga mendapat perhatian ramai orang.

@ekynrosnyy__ kalau dia kata aku xsyg lagi xtaulaaa 🤭 #jackkuning #makcikkantin #shoeijack #rxz_members_official #rxzstilltheboss #helmet #hargayahudi ♬ original sound – ꧁༺Böth༻꧂【 Väłëntïnë 】

Baca Lagi:
Peniaga kreatif namakan set Menu Rahmah guna nama menteri
Penunggang motosikal tercampak atas kubur selepas rempuh kereta
2 tahun diganggu wanita ‘psiko’ ustaz trauma hidup dalam ketakutan
CATEGORIES