Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak

Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak

Sepotong video yang tular memperlihatkan seorang wanita berbangsa India sedang menyuapkan makanan kepada seorang pesakit lelaki di wad sebuah hospital telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.

Menerusi perkongsian di TikTok @jamzapparels, difahamkan pesakit lelaki itu berdepan dengan kesukaran untuk makan sebelum dibantu disuapkan oleh seorang wanita India.

Malah, lelaki tersebut dilihat mengalirkan air mata dan mengesat matanya menggunakan tisu pada saat wanita itu menyuapkannya.

Wanita India suap makanan dekat pesakit lelaki buat ramai sebak

“Nampak dia susah untuk makan dan keluarga saya membantunya. Bila pesakit di katil lain juga adalah penting,” kata pengunggah video tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen terharu melihat video tersebut selain memuji sikap wanita terbabit yang dianggap seorang ibu yang baik hati.

“Kena baik dengan semua orang tanpa mengira bangsa atau agama kerana kita tidak tahu siapa yang Allah kirimkan untuk membantu ketika kita dalam kesusahan,” komen seorang netizen.

“Jatuh air mata aku… teringat auntie yang jaga aku masa kat wad tiga minggu kena denggi. Suami dia sebelah katil aku. Dia pimpin aku masa nak pergi mandi dan suap makan. Ibu tetap seorang ibu,” kata seorang warganet.

“Kalau dah mak, hati naluri tak kira bangsa… apa yang dia faham, kesian anak ini. Mom always queen. Love you so much auntie. You win people heart. God bless you,” ujar seorang wargamaya.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 3 juta tontonan dan 383,000 tanda suka.

@jamzapparels Saw him struggling to eat and my family got his back✨🥺 #hsa ♬ original sound – Tamil BGM

Baca Juga:
Pengawal keselamatan jumpa kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
Parking kereta tak tarik handbrake, dua penunggang motosikal rempuh kereta mengundur
Wanita maut dibunuh suami
CATEGORIES