Wanita hampir hilang anak kesayangan usia 2 bulan, ibu mertua beri air masak sampai usus kembang

Photo of author

By Syima Iza

Seorang ibu berdepan detik menyedihkan dalam hidup apabila beliau hampir kehilangan anak kesayangannya berusia dua bulan akibat diberi minum air masak oleh ibu mentuanya sendiri.

Menurut laporan, kejadian berlaku di rumah ibu mentuanya ketika wanita ini sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak.

Katanya, ibu mentuanya memaklumkan anaknya itu kelaparan dan perlu diberi makanan tambahan seperti Nestum dan sebagainya, namun beliau sendiri menolak kerana ia adalah salah.

Wanita hampir hilang anak kesayangan usia 2 bulan, ibu mertua beri air masak sampai usus kembang

“Ibu mentua saya asyik kata anak saya tak kenyang, perlu beri makan minum tambahan macam nestum dan sebagainya. Saya bertegas, benda itu salah dan Alhamdulillah ibu mertua saya memahami.
“Tapi satu hari, ibu mentua saya mengambil anak saya, saya ingatkan nak dukung tetapi rupanya mahu suapkan air masak, sikit sahaja amaunnya,” katanya.

Akibat daripada itu, anaknya muntah teruk hingga mengalami sakit yang berpanjangan selama 20 hari.

Hasil pemeriksaan X-ray mendapati, usus anaknya itu juga telah kembang, hingga terpaksa ditidurkan selama tiga hari di sebuah hospital di Terengganu.

“Hanya sebab diberi sedikit, yang sangat sedikit air masak. Sampai macam itu anak saya kena. Saya cukup-cukup trauma,” katanya.

Lebih menyedihkan, anaknya itu yang kini berusia 4 tahun masih belum pulih dengan sempurna dan sering jatuh sakit.

“Ada masalah dengan usus dia, kadang-kadang dalam dua bulan sekali, anak saya tiba-tiba rasa sakit perut dan sakit itu akan berlarutan sampai seminggu.

“Bila jadi macam itu semula, saya akan ke hospital untuk ambil ubat. Anak saya hanya ambil ubat waktu sakit dia datang sahaja,” katanya.

Untuk info, bayi tidak boleh diberikan air masak atau sebarang makanan lain selain susu ibunya atau susu formula, sebelum mencapai usia enam bulan.

Baca Juga:
“Saya sentiasa berdoa agar Allah mengirimkan seorang suami yang terbaik untuk saya di mata-Nya” – Ameera Khan
Lelaki terkaya Asia jamu makanan kepada 50,000 penduduk kampung
Pasangan muda ini belanja habis RM1.4 juta ‘renovate’ rumah teres terbiar, tak sangka ini hasilnya