Wanita hampir buta selepas cuba ubah bentuk, warna kening

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita yang mengubah bentuk dan warna keningnya dengan melakukan prosedur sulaman kening dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah yang membuatkan dia berisiko menjadi buta, lapor portal berita Detik semalam.

Wanita berasal dari Britain, Danielle Hubbard tidak menjalani ujian alahan sebelum dia melakukan prosedur itu.

Pewarna yang digunakan dalam prosedur itu disyaki kuat dan menjadi pencetus kepada keadaan tersebut.

Wanita hampir buta selepas cuba ubah bentuk, warna kening

Menurut Hubbard, selepas proses itu berlaku, tiada sebarang perubahan atau kesakitan yang dirasainya.

Namun keesokan harinya, mata kirinya mula membengkak dan mukanya menjadi merah sehingga meradang.

“Saya tidak dapat melihat, kemudian berasa sakit kerana kening saya mula membengkak dan meradang,” katanya.

Selepas dibawa ke hospital, Hubbard diberikan steroid bagi merawat keadaan itu selama dua minggu sebelum wajahnya beransur pulih.

Baca Juga:
Sukarelawan penguat kuasa syariah cabul wanita ketika rondaan cegah maksiat ditahan polis
Jangan buang bekas telur, wanita ini kongsi tips nak elakkan sampah berbau & berair dengan mudah
“Taubat la cepat-cepat”- Trend joget lagu ‘Alamak Raya Lagi’ boleh jatuh haram – Mufti Terengganu