Wanita goreng kerepok lekor sampai meletup, terbang melekat pada siling rumah

Photo of author

By Syima Iza

Menurut Hannah, insiden itu berlaku ketika dia sedang menggoreng dan mahu mengangkat keropok lekor daripada kuali.

Keropok lekor merupakan makanan tradisional yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan antara makanan ‘signature’ negeri Terengganu selain daripada nasi dagang.

Menu yang berasaskan ikan itu sering menjadi pilihan rakyat Malaysia, terutamanya ketika minum petang. Lazimnya, keropok itu akan digoreng terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Wanita goreng kerepok lekor sampai meletup, terbang melekat pada siling rumah

Namun, menggoreng keropok lekor kadangkala boleh mendatangkan bahaya kepada individu. Ini kerana hidangan itu boleh meletup ketika digoreng.

Keropok Lekor Meletup Hingga Ada Yang Terbang Melekat Pada Siling
Begitulah juga yang dihadapi oleh seorang wanita ketika menyediakan menu tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mummyhannahyasmin, wanita itu berkongsi kisah lucunya ketika menggoreng keropok lekor.

Menurut Hannah, ketika dia sedang menggoreng dan mahu mengangkat keropok itu dari kuali, secara tiba-tiba keropok lekor itu meletup.

@mummyhannahyasmin Trauma dah sis nak goreng kepok 🥲 #fyp ♬ original sound – MummyYasmin | Baby&Mom

Apa yang menjadi perhatian adalah salah satu keropok lekornya itu meletup sehingga melekat pada siling rumah.

Malah, ada beberapa keropok lekor yang telah digoreng turut kelihatan bertaburan pada lantai dapurnya.

Kejadian itu nyata mengejutkan Hannah yang sama sekali tidak menyangka keropok lekor yang digoreng boleh meletup dan terbang sejauh itu.

“Aku ni tengah goreng keropok lekor tau. Tengah-tengah angkat, tiba-tiba satu keropok meletup ke arah Coway.

“Angkat lagi, pom meletup sampai melekat atas bumbung. Taubat dah nak goreng keropok,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Hantaran Tarik Perhatian Warganet

Perkongsian Hannah nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur melihat sebahagian keropok lekor yang digorengnya melekat pada siling rumah.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama apabila keropok yang digoreng turut meletup.

Namun, ada warganet yang berkongsikan tips bagi menggoreng keropok lekor agar tidak berlaku perkara sedemikian.

Tips Goreng Keropok Lekor

Tahukah anda? Ada individu yang pernah melecur teruk gara-gara kerepok lekor yang digorengnya meletup sehingga minyak yang digunakan pada ketika itu terkena pada wajah dan anggota badan.

Tapi jangan bimbang kerana ada caranya untuk elakkan daripada ia berlaku. Berikut kami kongsikan langkah bagi elakkan keropok lekor meletup sewaktu digoreng:

  1. Keropok lekor perlu dipotong serong dan dibelah sedikit pada bahagian tengah keropok yang hendak digoreng
  2. Kuantiti minyak jangan terlalu banyak daripada keropok
  3. Masak dengan menggunakan api yang kecil
  4. Minyak jangan terlalu panas walaupun saiz api pada ketika itu kecil
  5. Elakkan daripada masak keropok lekor frozen. Biarkan keropok lembut dengan sendirinya untuk beberapa jam.

Berikut antara komen warganet:

“Kena Belah Sikit Keropok Tu, Kalau Tak Belah, Memang Meletup Gitulah”

Wanita goreng kerepok lekor sampai meletup, terbang melekat pada siling rumah

Baca Juga:
Bergurau gaun Aishwarya Rai, Chef Wan tampil minta maaf
Latihan skuad Harimau Malaya dikawal ketat oleh polis
Makcik tegur gadis jual nasi lemak RM3 mahal, lagi mahu ‘diskaun’ RM1 dikecam netizen