Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di atas sejadah dalam rumahnya di Taman Inang, di sini pada hari ini.

Wanita berusia 59 tahun itu dipercayai terperangkap dalam rumah yang berkunci dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung insiden mangsa terperangkap dalam rumah pada jam 8.46 malam.

Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah

Beliau menjelaskan bahawa sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang dipimpin oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Md Esa tiba di lokasi bersama 11 anggota tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi, terdapat mangsa dalam rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan tindakan anggota Bomba adalah dengan memecahkan pintu menggunakan peralatan khas.”

Ahmad Naufal menambahkan bahawa mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Beliau menyatakan bahawa mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Baca Juga:
Lelaki selamba bawa periuk nasi semasa iftar di tempat awam raih perhatian ramai
Dato Seri Vida minta Cik B belanja beg RM90,000 raih perhatian ramai
‘Nasib baik belum masuk mulut’ – Peniaga pelik ada segenggam paku dalam lemang yang dijual