Wanita ditampar suami gara-gara tak bagi pinjam kereta

Photo of author

By Syima Iza

Wanita ditampar suami gara-gara tak bagi pinjam kereta. Hanya kerana tidak dibenar menggunakan kereta, seorang lelaki bertindak mencederakan isterinya dalam pergaduhan di hadapan sebuah kilang di Bakar Arang, di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyebabkan mangsa berusia 44 tahun mengalami kesakitan di pipi dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat ditampar suaminya berusia 45 tahun.

Mangsa merupakan seorang suri rumah kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya selepas dia turut diugut dicederakan oleh suaminya.

Wanita ditampar suami gara-gara tak bagi pinjam kereta

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa pada pukul 3.51 petang semalam.

“Sebelum itu pasangan terbabit bertengkar di hadapan sebuah kilang kerana isterinya tidak membenarkan suaminya mengambil dan menggunakan kereta Proton Wira miliknya.
“Berang kemahuannya tidak ditunaikan, suspek kemudian bertindak menampar pipi isterinya selain mengugut untuk mencederakannya,” katanya di sini, hari ini.
Wanita ditampar suami gara-gara tak bagi pinjam kereta
ZAIDY CHE HASSAN
Kata Zaidy, polis menahan suaminya yang bekerja sebagai operator sebuah kilang kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Bandar Puteri Jaya, di sini telah berkahwin selama 25 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia antara 18 hingga 25 tahun.

Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun
Penat baiki penyaman udara, suami orang dan janda anak dua dicekup
Hotpot meletup sekeluarga melecur, pemilik hanya bayar ganti rugi RM4000