Wanita dipaksa ‘resign’ dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan

Photo of author

By Syima Iza

Kalau anda nak tahu, jikalau anda dipaksa untuk berhenti kerja oleh majikan, anda boleh menulis mengenai perkara tersebut di dalam surat perletakan jawatan.

Majikan berhentikan pekerja secara paksa

Seperti satu kes ini, Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan Petaling Jaya Dairy Sdb. Bhd untuk membayar pampasan kepada bekas ketua sumber manusianya, Nizatul Asmar Chek Umar sebanyak RM191,530.50.

Wanita dipaksa 'resign' dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan

Difahamkan, Nizatul telah dipaksa meletakkan jawatan dengan cara yang salah oleh bekas pengurus besar syarikat itu, Henry Ong Ewe Teow.

Menurut fakta kes, segalanya bermula apabila Nizatul mendengar rungutan pekerja mengenai kelakuan majikannya itu.

Info ni bagus. Sebenarnya kalau korang dipaksa untuk resign, korang sebenarnya boleh tulis yang korang dipaksa resign dalam surat resign tu. Jangan tak tulis Kalau kena aniaya jangan duduk diam-diam, tapi lawan balik.

Sekarang Nizatul Asmar menang RM191,530.00 pic.twitter.com/zfETqH9KHj — Farid Affy (@faridaffy) June 18, 2024

Wanita dipaksa 'resign' dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan

Berikutan itu, hubungan kerja antara Nizatul dan Ong menjadi keruh sebelum dia dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 10 November 2022.

Syarikat itu dilaporkan ‘buat tak tahu’ tanpa mendengar aduan Nizatul di sebalik perletakan jawatannya itu.

Majikan dikehendaki bayar pampasan RM100,000

Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam kemudian mengecam tindakan syarikat itu yang tidak memanggil Ong sebagai saksi dan menekankan ketidakhadirannya dan penamatan pekerjaan itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.

Mahkamah kemudian memberikan gaji 14 bulan dan pampasan sebulan sebagai ganti pengembalian semula berjumlah RM241,570 namun dikurangkan 10% setelah diselaraskan.

Dalam hantaran asal, seorang individu menyarankan untuk mereka yang diberhentikan kerja secara paksa untuk tidak berdiam diri sebaliknya ‘melawan’ dalam menuntut hak anda sebagai pekerja.

Baca Juga:
“31 tahun mengajar belum pernah jumpa anak murid macam Anwar” – Bekas guru
Gadis cantik lulusan ‘Master’ sanggup balik kampung jadi penternak lembu dan kambing
Lelaki belanja duit poket sendiri RM2,000 pasang lampu jalan di tiang elektrik, siap guna jengkaut