Wanita dicabul dengan lelaki bergelar ‘ustaz’

Photo of author

By Syima Iza

Wanita dicabul dengan lelaki bergelar ‘ustaz’.

Menurut mangsa, ketika kejadian dia berada dalam keadaan separa sedar sebelum bertindak membuat laporan di Balai polis Jalan Tun Razak, semalam (2 Januari)

Kebiasaannya orang ramai akan mendapatkan rawatan di pusat kesihatan seperti hospital mahupun klinik sekiranya tidak sihat.

Wanita dicabul dengan lelaki bergelar 'ustaz'
Gambar hiasan

Namun terdapat juga segelintir daripada masyarakat yang mendapatkan rawatan alternatif seperti mendapatkan rawatan Islam atau sebagainya sebagai usaha untuk mengembalikan kesihatan ke tahap yang lebih baik

Wanita dicabul individu mengelarkan diri sebagai ‘Ustaz’.

Namun berbeza dengan seorang wanita ini apabila niat mereka pada awalnya untuk mendapatkan rawatan daripada seorang lelaki warga Indonesia bertukar menjadi episod hitam apabila dia dan adik ipar menjadi mangsa cabul oleh individu berkenaan.

Malah individu itu turut mengelarkan dirinya sebagai ‘ustaz’.

Ketika dicabul berada dalam keadaan tak sedar sebelum tampil buat laporan polis.

Dakwa wanita berkenaan, suspek melakukan tindakan tersebut sewaktu mangsa berada dalam keadaan separa sedar sebelum mereka keluar dari rumah lelaki berkenaan dan membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada 2 Januari.

Menurut sumber kepada Harian Metro, mangsa berusia 25 tahun manakala adik iparnya pula berumur 20 tahun telah ke rumah individu berkenaan untuk mendapatkan rawatan kali ketiga dalam insiden yang berlaku jam 9.30 malam.

“Mereka dibawa ke bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cabul lelaki itu.
“Ia adalah kejadian kali pertama dicabul ketika menerima rawatan dengan suspek,” jelasnya.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid yang memaklumkan ada menerima laporan mengenai insiden dan siasatan sedang dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Baca juga:
Tak sampai 8 jam dibeli, Perodua Bezza rosak ada gula dalam enjin, kerani tuntut keadilan
Penumpang pesawat terkejut temui cacing merayap dalam sandwic sayur
“Pengotor betul, macam tu je dia berak” – Pelancong wanita selamba buang air besar luar homestay di Cameron Highlands dikecam