Wanita dedah rahsia macam mana duit simpanan KWSP cecah hampir RM2 juta ketika umur 35 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Wanita dedah rahsia macam mana duit simpanan KWSP cecah hampir RM2 juta ketika umur 35 tahun.

Seorang pengguna Reddit dengan nama Superficial1234 baru-baru ini tular selepas berkongsi kejayaannya menyimpan hampir RM2 juta dalam akaun KWSP pada usia 35 tahun.

Perkongsian ini menarik perhatian ramai kerana jumlah simpanan yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila dicapai pada usia yang muda bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Wanita dedah rahsia macam mana duit simpanan KWSP cecah hampir RM2 juta ketika umur 35 tahun

Dalam hantaran yang disertai dengan tangkapan skrin baki simpanan KWSP, pengguna ini memiliki sejumlah RM1,918,580.36, yang terdiri daripada tiga akaun berasingan — Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel.

Beliau turut mendedahkan bahawa pendapatannya mencecah sekitar RM50,000 sebulan, tidak termasuk bonus tahunan antara RM200,000 hingga RM300,000.

Berikut adalah strategi yang dikongsikannya:

1. Tidak Bertukar Tempat Kerja

Pengguna ini tidak melakukan “job hopping” atau berpindah kerja dan kekal di syarikat yang sama sejak tamat pengajian. Dengan dedikasinya, beliau meraih kenaikan pangkat dan kenaikan gaji yang konsisten.

2. Sumbangan Sendiri ke KWSP

Setelah menyedari manfaat menyumbang secara peribadi ke dalam akaun KWSP, beliau mula memaksimumkan sumbangan sendiri hingga RM100,000 setiap tahun. Langkah ini membantu meningkatkan simpanan persaraannya dengan cepat.

3. Tidak Mengeluarkan Wang KWSP

Walaupun layak membuat pengeluaran melebihi RM1 juta, beliau memilih untuk tidak menyentuh simpanannya. Tindakan ini membolehkan simpanannya berkembang dengan faedah dividen.

4. Faedah Dividen

Dengan tidak mengeluarkan wang, simpanannya bertambah dengan lebih pantas. Dalam tempoh 10 tahun, beliau mencapai RM1 juta pertama dan hanya memerlukan tambahan tiga tahun untuk menggandakan simpanan kepada RM2 juta.

Menariknya, beliau turut berkongsi bahawa ramai secara automatik menganggapnya sebagai lelaki hanya kerana pendapatan dan simpanan yang tinggi. Beliau menegaskan bahawa wanita juga mampu mencapai pendapatan tinggi dan mengumpul kekayaan besar, sekali gus memecahkan stereotaip yang sering dikaitkan dengan jantina.

Kisahnya menjadi inspirasi kepada golongan muda yang ingin mencapai kebebasan kewangan pada usia muda. Strategi seperti tidak kerap berpindah kerja, menyumbang sendiri ke KWSP, dan tidak mengeluarkan simpanan awal boleh menjadi langkah awal bagi mereka yang ingin menyusun kewangan dengan lebih baik.

Baca Juga:
Jangan salah beli, ini cara kira ‘Horsepower’ aircond supaya bil elektrik tak melambung tinggi
Jadi tanda tanya kenapa 5 negara terkenal ini tiada lapangan terbang
Penjual mi wantan dikecam netizen, gaul lauk kaki ayam guna batang mop!