Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong

Photo of author

By Syima Iza

Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong.

Kesukaran hidup golongan kurang berkemampuan dan asnaf menyebabkan pelbagai jenis bantuan kewangan disediakan untuk membantu mereka.

Ini termasuklah lembaga zakat di negeri-negeri yang berusaha mengagihkan bantuan kepada golongan yang layak menerima bantuan.

Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong
Gambar sekadar hiasan

Namun, seorang wanita telah membuat pendedahan di laman sosial mengenai individu-individu yang licik dalam mendapatkan zakat serta bantuan kewangan walaupun hidup mereka sebenarnya senang.

Bukan sekadar itu, dia turut mendakwa individu tersebut memiliki barang kemas selain mampu untuk melancong.

“Kau masih ada duit untuk beli makanan asas, pergi melancong, dan barang kemas di badan, tapi kau pergi mohon bantuan zakat dan sebagainya.
“Ini bermakna kau mengambil hak orang yang sepatutnya menerima bantuan. Apa yang kau makan, jadi darah daging. Esok-esok kau nak jawab macam mana depan Allah,” ujarnya.

Meskipun tidak mendedahkan identiti pihak berkenaan, namun menerusi perkongsiannya, dia menggambarkan individu tersebut mempunyai hubungan rapat dengannya kerana mengetahui hal berkaitan keluarga.

Pada masa sama, dia turut tertanya-tanya tentang syarat dan peraturan bagi melayakkan seseorang itu menerima bantuan zakat mahupun bantuan kewangan lain.

Mana tidaknya, segelintir penerima adalah mereka yang mampu dari semua aspek dan tidak mempunyai atau menjaga waris yang dikategorikan sebagai golongan istimewa.

“Saya tak tahu SOP (prosedur operasi standard) zakat ni macam mana, tapi saya pernah teman kawan ibu tunggal pergi zakat sebuah negeri.

“Dia mohon bayaran elektrik tertunggak, ambil masa untuk luluskan, tapi ada juga bantuan ekspres,” katanya lagi.

Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong

Menerusi ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman meminta zakat dan bantuan kewangan lain, namun mendakwa tidak berpeluang untuk menerimanya meskipun hidup susah dan berstatus ibu tunggal.

“Kakak saya ibu tunggal, tak pernah dapat bantuan apa-apa. Harapkan Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) arwah suami setiap bulan.

“Ada kawan saya macam tu… dari rumah, kedai, mesin jahit, dan semua bantuan kerajaan dia dapat, tapi apabila ada yang tak dapat… dia meroyan di Facebook.

“Mak mentua saya, yang juga ibu tunggal, pun kadang kala menolak bantuan sekolah untuk anak-anak yatim masa anak-anak dia masih bersekolah sebab dia rasa masih mampu untuk sediakan semuanya.

“Satu je nak cakap, pihak zakat sepatutnya turun padang dan buat pemeriksaan betul-betul bagi memastikan individu tersebut benar-benar layak menerima atau tidak,” tambah warga maya.

Baca Lagi:
Lelaki maut akibat lemas selepas jatuh perigi ketika ambil wuduk
Ini sebab kenapa Tun Daim namakan ‘Menara Ilham’ yang ramai tak tahu
Pekerja 7-Eleven sambut harijadi gadis depan kaunter selepas dapat tahu perkara yang menyentuh hati…