Wanita dakwa wajib beri upah kepada ibu menyusu dikecam, netizen minta dalil

Wanita dakwa wajib beri upah kepada ibu menyusu dikecam, netizen minta dalil

Seorang wanita kini mendapat kecaman orang ramai di aplikasi X setelah memuat naik satu hantaran mendakwa upah tertentu wajib diberikan kepada isteri yang sedang menyusukan anak.

Menurutnya, pengorbanan seorang ibu yang menyusukan anak sangat besar dan sudah tentunya lebih mahal berbanding nilai yang perlu dibelanjakan jika perlu membeli susu formula.

“Anak saya gigit semasa menyusu malam tadi dan sakitnya rasa sampai sekarang. Sangat menyakitkan, sampai rasa hendak demam.

Wanita dakwa wajib beri upah kepada ibu menyusu dikecam, netizen minta dalil

“Sebab itu dalam agama, wajib bagi upah menyusu kepada para ibu. Kalau susu formula mahal, sakit perit ibu menyusu anak ini apa pula harganya?,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai dan rata-ratanya meminta dalil yang membuktikan bahawa dakwaan tersebut benar.

“Suami tidak wajib beri upah menyusu kepada isteri kerana sememangnya suami wajib beri nafkah, maka tak dibebankan lagi dengan upah tambahan yang lain.

“Sekiranya perkara tersebut dilandaskan pada ayat 6 surah al-Talaq, ayat tersebut adalah berkenaan isteri menyusu anak yang telah diceraikan dan habis iddahnya,” jelas Muzuza.
“Ya, kami kaum lelaki faham betapa peritnya melahirkan dan membesarkan anak dan kami sangat menghargai pengorbanan isteri kami. Tetapi, bab Al-Quran jangan sesekali tafsir ikut sesuka hati. Jangan,” kata Nazhif.

“Kasihan, anak sendiri hendak menyusu pun minta macam-macam. Itu sudah anak sendiri, bukannya anak kucing. Mak ayah kita dulu banyak berkorban demi anak tercinta, jadi kita janganlah berkira,” kata Anggun.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 5,000 tanda suka dan 3.3 juta bacaan.

Baca Juga:
Pasangan muda ini belanja habis RM1.4 juta ‘renovate’ rumah teres terbiar, tak sangka ini hasilnya
“But*h pak hang”- Lelaki berang sebungkus nasi lemak berharga RM33, ini isi dalamnya
Rakyat Malaysia ‘kantoi’ bawa kanabis bernilai RM3 juta ditahan di Ireland
CATEGORIES