Wanita dakwa sup tulang dibeli di bazar Ramadan dipenuhi telur lalat

Photo of author

By Syima Iza

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN) mengambil sampel sup daging yang didakwa mempunyai telur lalat yang dijual seorang peniaga di Bazar Ramadan Semabok, Rabu lalu.

Pengarah JKN, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, tindakan undang-undang akan diambil jika sampel yang diambil itu mengandungi tiga jenis mikro organisma atau bahan-bahan dilarang.

Menurutnya, pihak penguat kuasa telah membuat serbuan ke atas peniaga terbabit sejurus mendapat maklumat menerusi media sosial Facebook berhubung keluhan seorang wanita dari Johor Bahru mendakwa terdapat telur lalat di bahagian rongga tulang sup yang dibelinya di bazar berkenaan.

Wanita dakwa sup tulang dibeli di bazar Ramadan dipenuhi telur lalat

“Untuk kedai atau gerai yang kita terima aduan, memang kita akan ambil sampel makanan yang nampak berisiko untuk dihantar ke makmal.

“Selepas diuji di makmal dan kita dapat keputusan kita akan tengok sama ada ia melanggar peraturan undang-undang untuk diambil tindakan perundangan,” ujarnya kepada pemberita selepas JKN mengadakan Operasi Ramadan (Ops Ramadan) di Bazar Alor Gajah di sini, semalam.

Ruzita berkata, seorang peniaga berusia 69 tahun telah diberi amaran, bimbingan dan nasihat sementara menanti keputusan sampel makanan yang akan diperoleh dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Semalam Kosmo! melaporkan, peniaga yang didakwa memaksa seorang pengunjung bazar di Semabok dekat sini membeli dua mangkuk sup daging dipercayai mempunyai telur lalat telah memulangkan wang pelanggan berkenaan.

Menurut peniaga tersebut, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia menjalankan perniagaan berkenaan selama 25 tahun.

Ujarnya, dia mengakui pihaknya mungkin tidak menyedari kehadiran telur lalat itu dan perkara tersebut boleh dimaklumkan terus kepadanya tanpa perlu menularkan di laman sosial.

Baca Juga:
Lelaki ini kongsi tips jaga kulit muka dengan satu cara saja, barulah dapat kulit glowing!
Seronok masuk darjah 1 sampai tak nak balik sekolah
Akuarium Kelisa jadi kolam renang anak – “Kita layankan saja, dia nak berenang dalam tank”