Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual pegawai berpangkat ‘Datuk’, terima video, gambar lucah

Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual pegawai berpangkat ‘Datuk’, terima video, gambar lucah

Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual pegawai berpangkat ‘Datuk’, terima video, gambar lucah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan gangguan seksual oleh seorang ketua pengarah sebuah agensi keselamatan terhadap seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan dibuka susulan laporan polis diterima pada 14 November lalu.

Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual pegawai berpangkat 'Datuk', terima video, gambar lucah

“Kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual),” katanya kepada BH.

Terdahulu, tular di media sosial salinan laporan polis oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang bertugas sebagai penasihat kewangan yang dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November lalu.

Wanita terbabit mendakwa ketua pengarah bergelar ‘Datuk’ itu mengeluarkan kata-kata berbaur lucah terhadapnya pada pertemuan kali pertama mereka November tahun lalu ketika menawarkan peluang pelaburan.

Dakwa mangsa, ketua pengarah itu juga pernah beberapa kali mengajaknya untuk berjumpa di hotel dan pusat karaoke namun ditolak kerana menyedari individu itu berniat jahat.

Selain itu, wanita terbabit mendakwa Datuk berkenaan mula melakukan gangguan seksual secara lebih serius sejak Ogos lalu dengan menghantar kira-kira 10 video serta gambar lucah melalui mesej di telefon bimbit.

Mangsa tampil membuat laporan polis kerana terlalu tertekan, trauma dan mengalami kemurungan dengan kejadian itu.

Dia turut diugut agar tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa.

Baca Lagi:
5 Tip jimat minyak semasa memandu
Pengantin terkejut tetamu hulur wang fotokopi semasa salam kaut
Dituduh rosakkan dinding sampai cat tertanggal, tetamu bengang wang deposit dibekukan oleh pemilik ‘homestay’
CATEGORIES