Wanita cantik dari Pantai Timur cari pemilik al-Quran tafsir selepas 9 tahun

Photo of author

By Syima Iza

Wanita cantik dari Pantai Timur cari pemilik al-Quran tafsir selepas 9 tahun.

Seorang gadis dari Pantai Timur, Fatin Iffah, sedang berusaha mencari pemilik asal sebuah al-Quran tafsir yang ditemuinya ketika menuntut di sebuah sekolah menengah kira-kira sembilan tahun lalu.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Fatin berkongsi bahawa dia menemui al-Quran tersebut sewaktu tamat sesi persekolahan dan mahu pulang ke rumah.

Wanita cantik dari Pantai Timur cari pemilik al-Quran tafsir selepas 9 tahun

“Ketika itu hujan lebat dan umi (ibu) saya datang menjemput. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya ternampak al-Quran di atas kerusi batu. Al-Quran itu basah, jadi saya ambil dan bawa pulang,” ceritanya.

Fatin berkata, sejak itu dia menggunakan al-Quran tersebut selama sembilan tahun dan telah beberapa kali khatam. Namun, baru-baru ini dia tergerak hati untuk mencari pemilik asal kitab suci itu.

Menurutnya, nama pemilik pada al-Quran tersebut ialah Atiyyatul Husna.

Fatin memanfaatkan media sosial untuk mengesan pemilik asalnya. Dia juga menyatakan hasrat untuk terus memiliki al-Quran itu sekiranya mendapat izin daripada pemiliknya kerana sudah terlalu menyayangi kitab tersebut.

“Kalau dia tak izinkan, saya akan pulangkan semula. Tapi kalau tak dapat cari pemilik sebenarnya, saya akan wakafkan al-Quran ini ke masjid berdekatan,” ujarnya.

@ftiniffahsero naling nk post vid ni

♬ original sound – Fah🌻

Hantaran Fatin mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, yang rata-rata kagum dengan keikhlasan dan usaha gadis itu menjaga kalam Allah tersebut.

Sebahagian mereka turut mendoakan agar Fatin berjaya menemui pemilik asal atau diberi kemudahan untuk mewakafkan al-Quran itu jika tiada jalan penyelesaian.

“Semoga tuan punya menghalalkan untuk adik Iffah. Biarkan jadi jariah dengan asbab adik ini membaca dan khatam berkali-kali. Semoga pahala juga untuk adik Husna tidak berkurangan dengan pahala bacaan adik Iffah,” tulis seorang pengguna, Rosly.

“Fatin seorang hamba Allah. Jujur luar biasa. Pahala milik Fatin. Amin,” kata Osman Jantan.

“Banyak pahala tu, kak. Jatuh ke tangan orang-orang yang tepat,” tambah Fiz.

Baca Juga:
Guru rugi RM280 selepas cabar murid buktikan lembu makan martabak
Tak tahan selalu disindir isteri, lelaki nekad beli rumah ‘busuk’
Lubuk emas bernilai lebih RM371 billion ditemui di selatan China