Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegram

Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegram

Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegram.

Dugaann datang bila-bila masa, siapa sangka bakal pengantin ini diuji menjelang majlis perkahwinan.

Semuanya bermula apabila pasangan itu terjerat dengan penipuan menerusi aplikasi Telegram.

Lebih menyedihkan, mereka kehilangan duit simpanan untuk perbelanjaan majlis, sekelip mata.

Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegram

Rintihan itu dikongsi oleh seorang wanita yang bakal bergelar raja sehari menerusi grup Facebook.

“Majlis (perkahwinan) saya lagi tiga minggu. Saya dan tunang kehilangan duit majlis kami sekelip mata disebabkan scammer.

“Macam-macam cara kami untuk mengumpul duit semula dalam tiga minggu terakhir ni. Tapi ayah saya nak kan duit tu hujung minggu ni juga.

“Besar dugaan kami, ya Allah. Kami berdua tak pernah berhutang. Asbab scammer kami hilang semuanya,” rintihnya.

Menurut wanita itu,banyak barang berharga telah dijual, namun masih belum mencukupi untuk menampung kos majlis.

“Nak tangguh majlis tak boleh sebab lagilah kami akan mengalami kerugian.

“Tunang pun dah jual hartanya untuk menampung kos tapi masih tak cukup. Kami tak ada jalan lain selain pinjam Ah Long.

“Ya Allah tolonglah bantu kami. Buntu betul. Betul ke keputusan ni? Tolong bagi pendapat dan doakan kami kuat untuk cari duit tu semula,” katanya dengan nada sebak.

Nikah jela sis, selesai masalah. Jangan fikir cakap-cakap orang bila majlis tak ada.

Di ruangan komen, wanita berkenaan mendedahkan mereka ditipu baru-baru ini selepas menekan pautan (link) menerusi Telegram, mengakibatkan kehilangan wang dalam akaun bank.

Bagaimanapun katanya, keputusan untuk meminjam wang daripada Ah Long merupakan pilihan terakhir sekiranya tiada penyelesaian untuk mendapatkan wang dengan segera.

Wanita bingung lagi 3 minggu nak kahwin duit belanja kenduri lesap selepas tekan link di applikasi telegram

Rata-rata netizen berkongsi pandangan mereka bagi membolehkan pasangan itu meneruskan rancangan untuk berkahwin tanpa perlu meminjam daripada Ah Long.

“Nikah jela sis, selesai masalah. Jangan fikir cakap-cakap orang bila majlis tak ada (tak buat).

“Terus terang je dengan keluarga. Tangguh kahwin kalau boleh daripada pinjam Ah Long, bahaya.

“Janganlah pinjam Ah Long. Tahu dah tak ada jalan lain, tapi kena fikir keselamatan famili juga. Fikirlah panjang, jangan asbab Ah Long, nanti awak laki bini hidup tak tenteram,” komen netizen.

Baca Lagi:
Tak perlu panggil bomba dah, adik ini memang jaguh tangkap biawak, sekali tangkap terus dapat 2 ekor
“Saiz ular sawa dah macam batang pokok kelapa” – Lelaki temui bangkai ular sawa gergasi di tepi jalan ladang kelapa sawit di Setiu
Abang lori kongsi pengalaman mistik diganggu pakcik naik motosikal di R&R Perasing
CATEGORIES