Wanita bingung bakal tunang dedah lemah tenaga batin, netizen syak mungkin ‘gay boy’.
Bercinta atau mengenali hati budi seseorang dalam tempoh yang lama bukanlah jaminan bahawa hubungan itu akan berakhir di jenjang pelamin.
Seperti yang sering dikatakan, ‘jodoh itu rahsia Tuhan’, demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.
Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya, dia dan teman lelakinya bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, wanita itu memberitahu bahawa hubungan yang disangkanya akan berakhir dengan perkahwinan tergendala selepas mendapat pengakuan jujur daripada bakal tunangnya.
“Baru-baru ini, teman lelaki saya telah membuat pengakuan bahawa dia mempunyai masalah lemah tenaga batin dan mungkin tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna.
“Tapi saya sangat sayangkan dia, kami bakal bertunang tak lama lagi.
“Untuk makluman, kami berdua sudah lama berkawan dan masing-masing sudah berkerjaya yang agak baik,” luahnya dalam satu hantaran di laman grup Facebook.
Tambahnya lagi, selepas membuat pengakuan tersebut, beberapa kali isu itu dibangkitkan untuk dibincangkan bersama, namun bakal tunangnya seolah-olah tidak mahu mengambil kisah.
“Saya ingatkan dia dah berubah hati, tapi rupanya dia tak sampai hati nak kecewakan saya,” kongsinya.
Menjelang pertunangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, wanita berkenaan mengakui hatinya agak berbelah bahagi, namun dalam masa yang sama, dia terlalu menyayangi jejaka berkenaan.
“Adakah saya membuat keputusan yang betul (untuk meneruskan pertunangan)?
“Saya tak sanggup nak lepaskan dia sebab kami dah berkawan lama. Mohon pendapat daripada yang sudah berumah tangga,” tulisnya.
Hantaran tersebut mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa simpati, namun dalam masa yang sama, mereka tampil memberi pelbagai cadangan dan pendapat sebagai solusi kepada masalah wanita tersebut.
“Cuba selidik betul-betul, lemah tenaga batin ataupun gay boy. Saya suruh selidik saja, bukannya nak terus tuduh dia gay, saya cuma berkongsi pengalaman kawan saya.
“Kalau sayang, usahakan berubat dulu sebelum kahwin. Jangan terburu-buru kahwin hanya sebab sayang.
“Fikir baik-baik dik. Sayang tu memang sayang, tapi lama-lama jadi fed up sebab yang batin tak dapat. Meroyan nanti. Tak pun suruh dia pergi berubat.
“Entah-entah dia dah ada yang lain. Nak terus terang rasa bersalah. Akhirnya mengaku lemah batin supaya awak tinggalkan dia,” demikian antara komen netizen.