Wanita bikin kecoh dakwa kereta hilang di parkir mall dapat malu besar, rupanya silap sendiri

Photo of author

By Syima Iza

Wanita bikin kecoh dakwa kereta hilang di parkir mall dapat malu besar, rupanya silap sendiri.

Sedar tak sedar sebenarnya banyak pusat beli-belah dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan, lebih-lebih lagi di Lembah Klang.

Kebiasaannya bangunan pusat beli-belah yang menyediakan banyak ruang parkir menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dan selamat untuk meninggalkan kenderaan dalam tempoh lama.

Wanita bikin kecoh dakwa kereta hilang di parkir mall dapat malu besar, rupanya silap sendiriNamun, kawasan parkir yang luas kadang kala menimbulkan kesusahan dan ramai juga pernah berdepan pengalaman terlupa di mana kereta diletakkan

Situasi sebegini turut dialami seorang wanita, namun pengalamannya agak melucukan.

“Saya pernah keluar mall (pusat beli-belah), kereta tak jumpa. Tekan alarm (penggera) pun tak bunyi. Dah sejam merayau akhirnya minta bantuan guard (pengawal keselamatan).
“Guard ramai-ramai turun, minta info kereta, cari setiap aras. Dah hampir sejam pusing tak jumpa,” kongsi wanita berkenaan di media sosial.

Tambahnya lagi, ketika itu dia hampir menangis dan juga mahu membuat laporan polis berhubung kehilangan keretanya.

“Dah nak nangis, nak report (buat laporan) polis, tiba-tiba terpandang kereta yang familiar (biasa dilihat), rupanya hari tu bawa kereta mak, memang la tak jumpa kereta sendiri.

“Macam bengang je guard-guard tu. Aduhai,” katanya, mengenang kembali kejadian lucu dan memalukan itu.

Tambahnya, disebabkan masih malu dengan kejadian beberapa tahun lepas itu, sehingga kini dia masih belum menjejakkan kaki ke pusat beli-belah berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen ketawa membaca pengalaman wanita tersebut dan ada antara mereka turut berkongsi cerita situasi mencari kereta di kawasan parkir.

“Pernah panik cari kereta tak jumpa rupanya pergi naik motosikal hari tu. Sedar pun sebab cari kunci kereta nak bunyikan alarm tapi yang ada dalam beg kunci motor je. Mujur tak melibatkan guard kalau tak dia pun bengang.

“Saya kereta masuk bengkel. Pinjam kereta adik. Kerja pula memang turun naik kereta setiap tiga jam. Setiap kali tu la lupa. Lepas tu salah kereta. Sebab tak ingat nombor plat. Haru betul,” kata beberapa netizen.

Baca Lagi:
Rupanya ini sebab kenapa ada cermin dalam lif yang ramai tak tahu
Adik ipar dapat hibah RM300k dari arwah suami, wanita tak puas hati mahu duit dikongsi bersama
Pelancong China beri 5 sebab kenapa menyesal datang bercuti di Kuala Lumpur