Wanita bersalin dalam kereta dedah sijil kelahiran anak selepas ditanya netizen.
Satu perkongsian daripada seorang ibu kini sedang tular di TikTok apabila dia berkongsi detik melahirkan anak pertama yang boleh dianggap agak ‘epik’.
Dia difahamkan melahirkan anak perempuannya pada 15 Oktober lalu di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital untuk urusan bersalin, tetapi tidak sempat sampai.
Dalam video tersebut, kelihatan jururawat sedang memeriksa keretanya dan video ini telah mendapat perhatian netizen sampai ada yang tertanya-tanya alamat yang tertulis di dalam sijil kelahirannya jika bersalin di dalam kereta.
Oleh sebab itu, wanita yang dikenali sebagai Eiraa ini ada menunjukkan potongan gambar daripada sijil kelahiran bayinya itu untuk menjawab pertanyaan netizen tersebut.
Dalam pada itu, Eiraa menjelaskan kepada WORLD OF BUZZ bahawa dia melahirkan anaknya di dalam kereta baharu yang usianya tidak sampai sebulan.
“Bayi saya diletakkan di NICU untuk diberikan antibiotik kerana dilahirkan di luar hospital,” katanya.
Eiraa juga menasihati bakal ibu di luar sana agar segera ke hospital jika mengalami kontraksi walaupun rasanya tidak begitu ‘kuat’.
“Melahirkan anak tanpa bantuan kakitangan kesihatan sangat bahaya untuk ibu dan juga bayi,” tambahnya lagi.
Apa yang penting, bayi itu sihat.
@syahirahsidik 15.10.2024 bersalin di highway DUKE dalam kereta! 🥹 ibu-ibu please kalau da rasa contraction terus ke hospital jangan tunggu lagi! #pengalamanbersalin #babylove #baby #malaysia #CapCut ♬ suara asli – Mila