Wanita berpurdah terima mas kahwin RM93,000 dan kereta HR-V

Photo of author

By Syima Iza

Wanita berpurdah terima mas kahwin RM93,000 dan kereta HR-V.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pernikahan seorang wanita yang menerima mas kahwin berjumlah 300 juta rupiah (RM93,402), beras 200 kilogram (kg) dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video memaparkan detik penyerahan mas kahwin mengikut adat masyarakat Banjar itu dimuat naik oleh akaun TikTok @gynurhajah.

Proses jujuran adalah satu kewajipan mengikut adat masyarakat Banjar di mana pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan dengan membawa wang mas kahwin, satu set alat kelengkapan solat dan barang-barang bilik termasuk pakaian.

Wanita berpurdah terima mas kahwin RM93,000 dan kereta HR-V

Dalam video tersebut, beberapa ahli keluarga pengantin lelaki dilihat mengeluarkan wang tunai yang berada di dalam kotak mas kahwin.

Pengantin perempuan yang berpurdah pula dilihat memakai perhiasan emas seperti rantai, gelang dan cincin ketika melihat mas kahwin yang diterimanya.

@gynurhajah♬ Tania Peddi Cedde – Evi Agustina

Wolipop telah menghubungi pemilik video, Nurhajah yang merakamkan acara tersebut. Menurut wanita itu, selepas proses jujuran berlangsung, upacara akad nikah terus diadakan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga menjalani rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah, dikurniakan keturunan dengan cepat,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
Kisah pemuda jadi genius matematik hanya sekelip mata
Jijik! Anak bersetubuh dengan ibu sendiri sejak sekolah menengah hingga usia 28 tahun
Kelicikan lelaki ini menginap di hotel lima bintang hampir dua tahun secara percuma akhirnya terbongkar