Wanita bergaji RM4,500 mengaku menyesal bila kereta Honda City minta nasihat orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Wanita bergaji RM4,500 mengaku menyesal bila kereta Honda City minta nasihat orang ramai.

Kadang-kadang peribahasa “alah membeli, menang memakai” tidak patut diikuti jika kita merasakan diri masih tidak mampu menanggung kos yang besar di kemudian hari, seperti membeli kereta atau rumah.

Menerusi akaun X @ammarFRS, dia berkongsi luahan seorang wanita yang mendakwa pembelian kereta Honda City adalah satu kesilapan terbesar yang pernah dilakukannya dan sangat menyesal dengan tindakan tersebut.

Wanita bergaji RM4,500 mengaku menyesal bila kereta Honda City minta nasihat orang ramai

“Wanita, 29 tahun. Gaji kasar RM4,500. Saya buat satu kesilapan besar sebelum ini iaitu membeli Honda City,” luahnya.

Katanya lagi, walaupun masih dalam proses pemulihan kewangan, baki simpanan peribadi semakin berkurangan. Malah, dari bulan ke bulan, dia sudah tidak mampu menabung lagi yang dipercayai disebabkan oleh banyak kos tersembunyi selepas pemilikan Honda City selain bayaran pinjaman.

“Sangat teruk di dalam kewangan. Tolong beri sedikit nasihat,” keluh wanita tersebut.

Pemilik ciapan yang juga berkemahiran dalam kewangan berkongsi sebab kewangan seseorang boleh benar-benar terjejas selepas pembelian kereta, iaitu kerana tidak memikirkan kos tambahan yang mendatang selepas itu.

Selain ansuran bulanan, anda juga perlu mempertimbangkan kos lain seperti minyak, cukai jalan dan insurans, parkir, servis dan seliaan berkala, serta pembaikan kecemasan.

Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai untuk mendapatkan kenderaan yang harganya tidak melebihi gaji selama 12 bulan masing-masing. Hal ini bagi memastikan aliran kewangan anda lebih terjamin dan mampu membayar segala kos keperluan sewaktu pemilikan.

Baca Lagi:
“Sihat itu mahal”- Kafe ini cipta menu baharu kopi campur indomie undang reaksi kurang senang warganet
“Susah nak jumpa orang macam ni”- Netizen puji sikap Ejen Hartanah buat ‘Review’ jujur rumah untuk dijual bernilai RM120k
Pegang lengan Fattah Amin dua kali, wanita baju kurung hitam dikecam netizen