Wanita berdiri tengah panas cop parking ditegur pemandu “Makcik kereta ke?”

Photo of author

By Syima Iza

Budaya negatif ‘cop parking’ nampaknya tidak kunjung berakhir. Apabila disuarakan rasa tidak puas hati, sikap mementingkan diri sendiri semakin jelas.

Kemunculan rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) baru-baru ini menunjukkan seorang wanita berusia sedikit berdiri menunggu di petak parkir kosong di tepi jalan berhadapan sebuah kedai di Seremban, Negeri Sembilan.

Insiden yang terekam pada hari Khamis itu menunjukkan wanita tersebut enggan memberi laluan kepada pemandu yang hendak meletakkan kenderaannya.

Wanita berdiri tengah panas cop parking ditegur pemandu "Makcik kereta ke?"

“Puan, ini bukan main ‘cop-cop’ puan,” kata pemandu lelaki itu.

Wanita itu kemudian memberi alasan bahawa dia menunggu kereta suaminya yang sedang mencari tempat letak.

“Puan kereta ke? Siapa datang dulu,” balas pemandu itu sambil menjelaskan dia juga mencari tempat letak.

Ketika bertikam lidah, wanita itu memberi alasan kononnya kereta suaminya hampir tiba.

Enggan menunggu lebih lama, pemandu itu akhirnya memasuki petak parkir, tetapi wanita tersebut menghalang laluan dengan berpindah ke tepi kenderaan.

Menerusi komen dalam laman X, netizen kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan ‘cop parking’ ini, walaupun dilakukan oleh individu yang lebih tua.

“Ada perkara yang perlu dihormati. Pemandu tidak kurang ajar, malah dia cuba menjelaskan tentang pentingnya tidak ‘cop parking’. Biar dia tahu, beritahu pemandu kereta yang suruh dia ‘cop parking’ tu.”

“Cara pemandu kereta ini berbalas dengan wanita tersebut kelakar. Hahaha… ‘makcik kereta’ ke?”

“Individu yang melakukan ‘cop parking’ ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Baca Juga:
Siapa sebenarnya makcik ni?, pakai baju kelawar pandu Lamborghini
Selesai bayar hutang buat kali pertama, Dato Red dapat untung RM30,000 jual kopi dalam TikTok selama 2 minggu
Lelaki tinggal kekasih dalam kereta terjunam sungai gara-gara takut ditangkap khalwat