Wanita berdepan detik cemas ular tedung terjuntai atas ‘water heater’ dalam bilik mandi

Photo of author

By Syima Iza

Seorang wanita mengalami detik cemas apabila seekor ular tedung menyelinap masuk ke dalam bilik mandi di rumahnya di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, jeritan pengadu mengejutkan penghuni lain yang segera memeriksa dan mendapati seekor ular tedung hitam terjuntai di atas alat pemanas air di dalam bilik mandi.

Bimbang dengan keselamatan mereka, mereka menghubungi talian kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

 

Wanita berdepan detik cemas ular tedung terjuntai atas 'water heater' dalam bilik mandiSepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bertindak menggunakan penjerut ular untuk menangkap ular itu.

Reptilia tersebut kemudiannya dilepaskan ke dalam kawasan hutan yang jauh dari kawasan kediaman.

Terdahulu, pengadu yang hanya dikenali sebagai Soh memberitahu, ular tersebut berada di luar pekarangan rumah di mana anjingnya cuba menggigitnya.

Soh menambah, dia agak hairan bagaimana ular itu boleh sampai ke bilik mandi di tingkat atas rumah.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba kerana segera menangkap ular tedung itu.

Baca Juga:
Orang ramai gempar lihat pocong tumpang trak pikap
Wanita menangis teresak-esak duit simpanan dalam tabung besi musnah dimakan anai-anai
Tular video lelaki teguk minyak Cap Kapak macam teguk air kosong, netizen timbul persoalan tak bahaya ke?