Wanita bengang ‘TikToker’ femes perdaya bapa minta RM1,800 untuk review makanan

Photo of author

By Syima Iza

Wanita bengang ‘TikToker’ femes perdaya bapa minta RM1,800 untuk review makanan.

Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal.

Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘TikTok famous’ dan mahu membuat kandungan di TikTok mengenai makanan di restoran milik bapa wanita tersebut.

Wanita bengang 'TikToker' femes perdaya bapa minta RM1,800 untuk review makanan

“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan.

“Ayah saya cakap boleh, silakan buat ‘review’. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada pempengaruh yang akan datang untuk buat ‘review’ makanan,” katanya.

Bagaimanapun, pempengaruh tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk ‘review’ makanan tersebut.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.

@alinkiwi #fyp #reviewkedaimakan ♬ original sound – Alinkiwi

“Dia (pempengaruh) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.

Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang pempengaruh tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri.

“Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followers’ pempengaruh tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’.

“Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat ‘review’ kedai makan ayah saya sendiri,” katanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 22,500 tanda suka dan 1,073 komen.

Baca Lagi:
Tular trend makan mata lembu mentah-mentah, warganet kata mujarab rawat sakit asma dan buah pinggang
Menteri dakwa pegawai Imigresen dalang video kecoh di KLIA viral
“Selalu dihina mak mertua jadi surirumah, aku nekad mahu cerai, lepas 5 tahun bekas suami dan mak mertua datang merayu cari aku balik”