Wanita bengang ditengking pengetua selepas dakwa anak kena lempang gara-gara terlewat ke sekolah

Photo of author

By Syima Iza

Wanita bengang ditengking pengetua selepas dakwa anak kena lempang gara-gara terlewat ke sekolah.

Penggemar sukan lasak, Tahira Najmunisaa Muhamad mendakwa anaknya telah dilempang oleh pengetua sekolah kerana terlewat hadir ke sekolah.

Menurutnya, ketika kejadian, cuaca hujan lebat dan hanya satu pintu yang dibuka, menyebabkan kesesakan kerana ramai penjaga menghantar anak mereka menggunakan kereta.

Wanita bengang ditengking pengetua selepas dakwa anak kena lempang gara-gara terlewat ke sekolah

Bercerita lebih lanjut, Tahira berkata dia sempat hadir ke sekolah untuk bersemuka secara tertutup dengan pengetua bagi meminta penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Namun, pengetua itu dikatakan mula bercakap dengan nada kasar dan menyindir Tahira, mengatakan jika tidak selesa dengan cara beliau ‘mendidik’ pelajar, mereka boleh memohon untuk berpindah ke sekolah lain.

“Saya memang lempang semua murid, kalau tak suka cara saya, boleh pergi sekolah lain,” kata pengetua tersebut yang diceritakan semula oleh Tahira menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya kelmarin.

Pemenang pingat perak acara duathlon di Sukan Sea Hanoi 2022 itu berkata anaknya kini mengalami trauma akibat insiden tersebut dan takut untuk pergi ke sekolah kerana bimbang dibuli oleh pengetua tersebut.

“Seminggu dia tak nak pergi sekolah, dia kata kenapa ada buli macam ini. Dia sampai rasa ‘down’, trauma.

“Bukan ini cara nak mendidik, bukan dengan cara lempang budak sesuka hati,” katanya.

Tambahnya, dia dan suami telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada guru-guru lain.

Baca Lagi:
Lelaki ini jadi individu pertama di dunia pakai baju silat masuk pertandingan Hyrox
Lelaki dari Malaysia kongsi pengalaman makan daging berharga RM13,000 di Dubai
Rupa-rupanya ini sebab tayar lori ‘terapung’ tidak cecah permukaan jalan