Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun

Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun

Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun. Seorang wanita berumur 27 tahun mengaku berasa bahagia berkahwin dengan warga emas berusia 63 tahun selepas dijodohkan oleh ibunya, lapor laman berita Wolipop.

Wanita itu, Ana Amalina menulis dalam akaun TikToknya, @anaamalia54 yang menyatakan bahawa pada Disember 2018, dia bernikah dengan lelaki berusia 63 tahun, Emen Hidayat.

“Kenal pada tahun 2018 selepas dijodohkan oleh ibu bapa. Usia saya 27 tahun dan suami 63 tahun,” kata Ana kepada Wolipop menerusi aplikasi WhatsApp.

Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun

Wanita muda itu mengaku ibunya yang menjodohkan dia dengan Emen dan pada awalnya, bapanya yang tidak mengetahui perjodohan itu berasa terkejut.

“Saya dijodohkan mama,” katanya.

Anak sulung dari tiga beradik itu turut berkongsikan mengenai sikap suaminya.

@anaamalia54 Maasyaallah tabarakallah baju couple by @s h a d i r a #cintabedausia #bersyukur #bahagia #cinta #nikahbedausia ♬ Berhak Bahagia – Aurelie Hermansyah & Atta Halilintar & Mom Uung

“Dia ialah seorang imam yang baik, penyayang, memahami isteri dan selalu menyokong walau apapun yang isteri lakukan,” jelasnya.

Wanita 27 tahun mengaku bahagia berkahwin dengan warga emas 63 tahun

Baca Lagi:
Pegawai bank buat kad kredit guna maklumat pelanggan menyebabkan bank rugi RM536k
Lebih 130,000 wanita lepas bersalin bakal terima manfaat geran Perkeso
Kalau jumpa duit syiling 1 sen jangan buang! boleh dijual dengan harga RM10,000
CATEGORIES