Wang kertas bernilai hampir RM440,000 dalam guni dibuang

Wang kertas bernilai hampir RM440,000 dalam guni dibuang

Sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa guni berisi wang kertas berjumlah 1.5 bilion rupiah (RM439,598) yang telah hancur dan dikoyak-koyakkan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok, wang kertas itu dimasukkan ke dalam guni untuk dibuang.

Wang itu dikatakan berasal dari Bank Indonesia di Malang, wilayah Jawa Timur.

Wang kertas bernilai hampir RM440,000 dalam guni dibuang

Ia terpaksa dirosakkan dan dibuang atas pelbagai sebab dan tidak sah untuk digunakan.

“Guni-guni ini adalah longgokan sampah wang berjumlah 1.5 bilion rupiah,” kata keterangan pada video tersebut.

Susulan perkongsian video itu, Bank Indonesia mengeluarkan kenyataan meminta orang awam agar menjaga wang kertas dengan baik.

Masyarakat diminta agar tidak merosakkan wang kertas seperti melipat, merenyuk, atau membasahkannya.

Baca Juga:
Makcik tegur gadis jual nasi lemak RM3 mahal, lagi mahu ‘diskaun’ RM1 dikecam netizen
Faisal Halim jalani proses pemulihan di lokasi rahsia
Pemuda kongsi pengalaman ‘berumah’ di dalam kereta Proton Iriz miliknya
CATEGORIES