Walaupun garis merah kit ‘samar-samar’ tetap positif Covid-19 – KKM

Walaupun garis merah kit ‘samar-samar’ tetap positif Covid-19 – KKM

Walaupun garis merah kit ‘samar-samar’ tetap positif Covid-19 – KKM.

Orang ramai yang melakukan ujian Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri diingatkan supaya memerhati dengan baik garis yang ada pada alat tersebut.

Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun garis merah pada kit itu hanya samar-samar tetapi itu sudah cukup menandakan seseorang itu positif Covid-19.

Walaupun garis merah kit ‘samar-samar' tetap positif Covid-19 - KKM

Mengesahkan lagi perkara itu, KKM menerusi aplikasi X, telah membalas pertanyaan seorang pengguna dikenali sebagai @ilyraptors yang bertanyakan status penyakit itu selepas berkongsi gambar kit ujian kendiri yang telah dilakukannya.

Berdasarkan gambar itu, hanya satu garis merah yang terang, manakala satu lagi garis hanya samar-samar.

“Positif dik,” balas admin KKM pada gambar yang dikongsi pengguna X tersebut.

Pada hantaran sama, KKM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka.

Susulan perkongsian itu, ada pengguna X bertanya apa yang perlu dilakukan bagi individu yang positif.

“Kalau positif, kena terus pergi KK (klinik kesihatan) ke? Atau lepak rumah ja?,” tanya @MuhdHafis_J.

Bagaimanapun, pengguna lain memberitahu bahawa sekiranya positif, individu itu perlu melaporkan status mereka dalam MySejahtera dan perlu kuarantin kendiri di rumah.

Selain itu, ada juga pengguna X memberitahu kit ujian itu kini susah didapati di kedai.

“Banyak dah kedai habis stok benda ni. Siapalah yang borong. Ke simpan nak naik harga?,” soal @sayasoleh.

Baca Lagi:
Restoran Seafood jual sotong manis harga RM50 seekor kena serbu
Cinta tak direstui…lelaki culik kekasih 13 tahun, nikah di Johor tanpa pengetahuan keluarga
Kisah benar lelaki angkat tangan kanan ke udara hampir 50 tahun
CATEGORIES