Selepas menghadapi kemelut dalam rumah tangganya, Bella Astillah mendapat simpati daripada ramai netizen dan rakan selebriti.
Wak Doyok ‘cucuk line’
Jika sebelum ini, ucapan Syed Saddiq terhadap Bella Astillah menarik perhatian, kali ini giliran Wak Doyok menjadi tumpuan netizen selepas memuat naik kapsyen ‘cucuk line’.
Dalam gambar yang dimuat naik, Wak Doyok terlihat berdiri bersama Bella.
Menghargai Bella
Kapsyen yang ditulis menarik perhatian kerana ia seolah-olah menyatakan keinginan untuk menjaga Bella selepas ini.
Jika ada yang tidak menghargai, yang lain pandai menghargai. Kebanyakan netizen terhibur dengan hantaran tersebut dan ramai yang menyokong jika Wak Doyok mahu mencuba nasib.