Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen

Photo of author

By Syima Iza

Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen. “Pelanduk dua serupa.”

Begitulah peribahasa yang paling sesuai digunakan buat seorang gadis ini apabila tular di media sosial wajahnya yang sama seperti selebriti terkenal, Alif Satar.

Menerusi hantaran video yang di muat naik laman TikTok akaun @baz0ongi, kelihatan gadis tersebut sedang menjiwai watak seperti Alif Satar.

Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen

Berlakon seperti peminat temui Alif Satar

Pada video sama, rakannya yang lain turut melakonkan watak peminat yang begitu teruja di saat bertemu Alif Satar yang dilakonkan oleh gadis tersebut.

“Ada artis weyh, ada artis.. ye ke mana? Sebelah sana,” dialog yang diungkapkan oleh mereka.

@baz0ongi ALEP SATAR BAI #fyp #spm2022 ♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Apa yang menghiburkan, apabila kamera dipusingkan ke arah yang lain, kelihatan gadis yang memilik wajah persis Alif Satar itu sedang melayani peminatnya.

Turut dimainkan lagu Alif Satar yang bertajuk Lelaki Seperti Aku.

@baz0ongi atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022 ♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Buat parodi MV lagu Lelaki Seperti Aku

Pada video berasingan, gadis tersebut bersama rakan-rakannya turut membuat parodi Music Video (MV) Lelaki Seperti Aku yang berjaya meraih perhatian ramai.

Lebih mengejutkan, apabila Alif Satar yang menyedari akan video tular tersebut turut memberi komen “Alif Satar hadir”.

Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen

Ramai terhibur lihat gadis mirip Alif Satar

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat telatah gadis persis Alif Satar itu bersama rakan-rakannya.

Malah mereka turut tidak menyangka jika selebriti terkenal itu tidak sombong untuk memberi komen di dalam video tersebut.

“Berdekah aku 3 pagi”

Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen