Vokalis wanita tendang kepala penonton ketika persembahan dikecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

Vokalis wanita tendang kepala penonton ketika persembahan dikecam netizen.

Kumpulan muzik Indonesia, Defective, dikecam netizen selepas vokalisnya dilihat menendang beberapa penonton yang berada di hadapan pentas ketika mereka sedang menikmati persembahan.

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh akaun X @kegblgnunfaedh, kumpulan Defective dilihat sedang membuat persembahan dengan membawakan lagu bergenre hardcore. Penonton yang hadir juga kelihatan menikmati aksi pentas dengan melakukan moshing, iaitu gerakan energetik yang sering dilakukan dalam konsert muzik keras.

Vokalis wanita tendang kepala penonton ketika persembahan dikecam netizen

Namun, semasa pertengahan persembahan, vokalis wanita kumpulan tersebut dilihat terbawa dengan suasana dan terus menendang beberapa penonton yang berada di hadapan pentas. Penonton yang terkena tendangan kelihatan terkejut dan cuba melindungi diri dengan memegang kepala mereka.

Vokalis wanita yang dikenali sebagai Cimeng itu tidak meminta maaf secara langsung kepada penonton yang ditendangnya. Sebaliknya, dia terus menyanyi dan meneruskan persembahan.

Tindakan vokalis itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial, yang menganggap perbuatannya sebagai tindakan tidak wajar walaupun ia mungkin sebahagian daripada aksi pentas. Rata-rata menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah keterlaluan dan tidak menghormati penonton.

Baca Lagi:
Berita gembira buat rakyat Malaysia, OPR tahun 2025 dijangka diturunkan kepada 2.75%
Evergreen beri bonus akhir tahun 20 bulan untuk kakitangan selepas syarikat catat untung lumayan
4 Maut selepas hadir konsert Pinkfish di Sunway jadi tanda tanya