Vivy dan suami yang ditunggu, tiba-tiba Jamal Abdillah muncul di pejabat SPRM buat wartawan terkejut.
Perkongsian video di Sinar Harian menunjukkan kelibat penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang tiba-tiba muncul ketika pengamal media sibuk menantikan kehadiran pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, yang kemudiannya mencuri perhatian netizen.
Muncul di SPRM
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, penyanyi berusia 65 tahun itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.40 pagi, Rabu.
Dengan hanya membuka cermin kereta yang dinaiki bersama pemandunya, Jamal secara santai melemparkan senyuman kepada pengamal media yang mula mengambil gambar dan video.
Sambil melambaikan tangan kepada para media dan tersenyum tanpa bicara, kenderaan membawa Jamal menuju masuk ke ibu pejabat SPRM.
Bagaimanapun, pemandu Jamal yang turut tersenyum melihat gelagat media yang sibuk mengambil gambar dan video sempat memberitahu kepada media bahawa mereka telah tersilap orang.
“Media dah silap orang ni,” kata pemandu Jamal secara santai sambil tertawa.
Namun, tiada maklumat lanjut mengenai tujuan penyanyi lagu Gadis Melayu itu berada di ibu pejabat SPRM.
View this post on Instagram