Video tular peniaga buang sebalang air coklat penuh ais undang pelbagai reaksi netizen

Photo of author

By Syima Iza

Perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang menjanji keuntungan setiap masa. Ada ketika peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak mendapat sambutan pelanggan.

Baru-baru ini netizen persoal tindakan seorang peniaga membuang sebalang air coklat yang tidak laku ke dalam sungai berhampiran.

Ramai warganet tidak bersetuju dengan tindakan peniaga itu kerana ia mencemarkan sungai berkenaan.

Video tular peniaga buang sebalang air coklat penuh ais di dalam undang pelbagai reaksi netizen

Netizen persoalkan mengapa peniaga tidak sedekahkan sahaja air balang tersebut kepada orang-orang di kawasan setempat.

Ada netizen mencadangkan sekiranya ada makanan atau minuman tidak habis boleh tinggalkan saja di surau atau masjid untuk dihabiskan oleh jemaah yang datang.

Kemudian timbul persoalan di kalangan netizen — adakah ini konten semata-mata? — kerana kelihatan ais di dalam balang tersebut masih belum cair lagi.
Menurut salah seorang netizen, peniaga tersebut menjelaskan air balang tersebut sebenarnya sudah basi. Air coklat itu tidak boleh diminum dan dijual selepas susu dan serbuk coklat yang digunakan telah tamat tarikh luput.

Bagaimanapun penjelasan itu hanya dibuat di ruangan komen Instagram. Gara-gara penjelasan tersebut tidak disekalikan dalam video, ia telah menyebabkan salah faham kepada semua pihak.

Netizen mencadangkan semua peniaga untuk mempunyai asas dalam penyediaan makanan dan minuman untuku mengelakkan pelanggan jatuh sakit akibat keracunan makanan.

Dalam pada itu, netizen turut meminta peniaga untuk belajar cara yang betul dalam melupuskan makanan dan minuman yang sudah basi supaya tidak mencemarkan alam sekitar.

Baca Juga:
Lelaki putus tunang kerana ‘kantoi’ curang jadi sasau rindu bekas tunang
Keadaan terkini Borneo Samariang Waterpark selepas 4 tahun terbengkalai
Wanita hampir hilang anak kesayangan usia 2 bulan, ibu mertua beri air masak sampai usus kembang