
Video tular konsert di dewan universiti di Terengganu bikin kecoh!
Video tular konsert di dewan universiti di Terengganu bikin kecoh!
Kerajaan negeri menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan aksi lelaki dan wanita dalam sebuah konsert di sebuah universiti tempatan yang bercanggah dengan garis panduan syariah ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia dianjurkan sebuah institusi pendidikan tinggi.
“Kita sudah agih garis panduan syariah kepada semua jabatan (di Terengganu), jadi tidak sepatutnya ia (konsert) berlaku di universiti.
“Lagipun ini di bawah jawatankuasa yang sama dan saya sendiri selaku pengerusi dan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Kick-off Bsas Aeoronautics pesawat tanpa pemandu (UAV), di sini, hari ini.
@siswapas.terengganuDengarnya, program Malam Galau UMT. ianya amat mendukacitakan. Demi Allah, bukan ini generasi muda mudi yang kita inginkan di negeri Terengganu Darul Iman ini! Mohon pihak berkenaan mengambil tindakan tata tertib kepada yang terlibat. Gejala sosial yang sedia ada sudah pening nak cegah, jangan ditambah lagi pening ini. Budaya hedonisme, hiburan melampaui batas, bukan budaya Islam dan Melayu, perlu dibanteras segera sebelum merebak semakin teruk. Semoga Allah pelihara pemuda pemudi Islam.
Menurut Satiful, walaupun konsert itu diadakan dalam kawasan persendirian, pematuhan terhadap garis panduan syariah yang disediakan perlu dipatuhi.
“Saya rasa ia perlu ikut garis panduan yang sepatutnya walaupun dalam kawasan persendirian, ia masih lagi terikat dengan garis panduan dasar-dasar kerajaan negeri yang meletakkan asas syariah compliance (pematuhan syariah).
“Jadi, saya akan tanya balik dan semak semula macam mana sebab saya baru dapat maklumat ini,” katanya.
Pada Rabu lalu, tular video berdurasi 37 saat memaparkan sebuah konsert yang dikatakan diadakan dalam dewan sebuah universiti di negeri ini.
@sabri_mamat Mohon perhatian daripada pihak pengurusan UMT. Kenapa boleh berlansung acara seperti ini. #madani #umt #pnbest #ustazazharidrus #ustazwadiannuar #uai #terengganu #tfc #sahabatsabrimamat #drsam ♬ The Champion – Lux-Inspira
Berdasarkan video itu, konsert terbabit turut dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan universiti berkenaan.