Video Tengku Hassanal berkawad di luar negara undang perhatian ramai netizen.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Baginda kini memegang gelaran Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.
Baginda merupakan anakanda kedua kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tunku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Latar Belakang Pendidikan
Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherborne, United Kingdom, dari tahun 2002 hingga 2007. Selepas itu, baginda menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan, dari tahun 2008 hingga 2012.
Baginda kemudian melanjutkan pengajian di University of Nottingham. Pada Mei 2018, Tengku Hassanal berjaya menamatkan pengajian di Geneva School of Diplomacy and Relations, Switzerland, dengan Ijazah dalam Hubungan Antarabangsa. Selepas itu, baginda meneruskan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.
@this7.fans [Throwback 13 Dec 2019] 5tahun lepas. #fyp #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang ♬ original sound – Thissk.8
“Wow, Sangat Mengujakan Lihat Tengku Hassanal Kawad Macam Ni” – Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh pengguna @this7.fans yang mendapat perhatian ramai. Video tersebut, yang kini meraih 12,000 tontonan, 987 tanda suka, dan 12 komen, memaparkan rakaman kawad semasa Tengku Hassanal menjalani latihan di luar negara.
Rata-rata netizen kagum dan terpegun melihat video tersebut, kerana ia kali pertama mereka menyaksikan Tengku Hassanal berkawad.
Apa-apa pun, semoga kita semua dilimpahkan rezeki serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Apa pendapat anda?