‘Video lucah dikongsi percuma tapi kalau nak tengok penuh, kena bayar RM400’ – Kumpulan tukar pasangan suami isteri dicekup

Photo of author

By Syima Iza

Siapa sangka kumpulan macam ni boleh wujud dalam negara kita. Bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaporkan telah berjaya menumpaskan kumpulan yang menjalankan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan.

Kegiatan kumpulan swinger ini dilaporkan dengan bantuan orang ramai sebelum ini dan dengan kerjasama pihak PDRM serta pemantauan yang dilakukan, akhirnya berjaya ditumpaskan.

Tiga suspek menjalankan aktiviti ini berjaya ditahan…

'Video lucah dikongsi percuma tapi kalau nak tengok penuh, kena bayar RM400' - Kumpulan tukar pasangan suami isteri dicekup

Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan swinger yang memiliki sejumlah besar video lucah.

Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer dan thumbdrive milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan swinger berkenaan dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.

Video lucah dikongsi percuma tapi kalau nak tengok penuh, kena bayar RM400?

Difahamkan, kumpulan ini akan menaikkan video klip lucah untuk dilihat pengikut secara percuma dan bagi yang mahu melihat video penuh perlu membayar sebanyak RM100 ke RM400 untuk masuk ke aplikasi Telegram.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Baca Juga:
‘Kek dah makan, dah masuk perut’ – Peniaga kecewa kena ‘sidai’ dengan pelanggan tetap
Individu dakwa pemain bola sepak perdaya ramai wanita, dicop ‘playboy tak berduit’
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar