Video lucah anak perempuan tersebar, tentera dibelasah sampai mati

Video lucah anak perempuan tersebar, tentera dibelasah sampai mati

Video lucah anak perempuan tersebar, tentera dibelasah sampai mati. Seramai tujuh individu diberkas polis di negeri barat India selepas didakwa membelasah seorang tentera sehingga mati.

Berdasarkan laporan polis, Melaji Vaghela diserang selepas berang dengan penyebaran video lucah membabitkan anak perempuannya yang tular dalam media sosial.

Laporan dibuat oleh isteri mangsa, Manjula selepas mangsa diserang di daerah Kheda, Gujarat, pada malam Sabtu lalu.

Video lucah anak perempuan tersebar, tentera dibelasah sampai mati

Gambar hiasan

Mangsa yang bekerja dengan pasukan keselamatan sempadan India, asalnya berkunjung ke rumah seorang remaja lelaki yang dipercayai memuat naik video tersebut.

Vaghela ditemani isteri bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya pergi ke rumah remaja lelaki itu berhubung penyebaran video tersebut.

Kunjungan yang menuntut penjelasan sebenar akhirnya bertukar menjadi pergaduhan sehingga menyebabkan tuan rumah menyerang mangsa dan ahli keluarganya dengan kayu dan objek tajam.

Vaghela mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta-merta.

Serangan turut menyebabkan isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan, manakala, seorang anak lelaki mangsa kini berada di hospital akibat kecederaan di kepala.

Baca Lagi:
Selepas ditegur Menteri, Malindo Air beri baucar percuma kepada penumpang
Budak perempuan terkejut, loya tergigit cicak hidup dalam aiskrim
Ibubapa dimaki hamun calon isteri, lelaki batal majlis perkahwinan
CATEGORIES