[VIDEO] Ibu bersalin bawah runtuhan gempa bumi Turki & Syria, bayi terselamat ibu meninggal dunia

[VIDEO] Ibu bersalin bawah runtuhan gempa bumi Turki & Syria, bayi terselamat ibu meninggal dunia

[VIDEO] Ibu bersalin bawah runtuhan gempa bumi Turki & Syria, bayi terselamat ibu meninggal dunia. Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini, malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan magnitud 7.7.

Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan barat laut Syria kini dipercayai 1,400 orang manakala ribuan lagi cedera.

Kerosakan akibat gempa kedua itu masih belum diketahui, dan anggota penyelamat berusaha mencari mangsa terperangkap, dalam keadaan cuaca sejuk.

[VIDEO] Ibu bersalin bawah runtuhan gempa bumi Turki & Syria, bayi terselamat ibu meninggal dunia

Dalam satu video yang tular, ada ibu hamil yang terperangkap dibawah bangunan runtuh dan sempat melahirkan anak sebelum meninggal dunia. Bayi tersebut dilaporka anak selamat manakala ibu meninggal dunia.

Video tersebut dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Farah Lee dan menurutnya dia pernah ke sana pada musim salji tahun lepas.

“Farah ke sana winter tahun lepas, memang sejuk sangat-sangat. I cannot imagine dorang dekat sana diuji macam ni time-time ni. Kurang makanan, pakaian, selimut, bantuan medikal etc. Jom sama-sama bantu dari jauh. Farah inshaAllah akan ke sana nanti bawa donation korang”

Antara mangsa yang sempat ditemuramah media agensi berkata “Ketika itu kami sembilan beranak berada dalam rumah, dan dua anak lelaki masih terperangkap dalam runtuhan,” kata seorang wanita yang patah tangan dan mengalami kecederaan muka berhampiran runtuhan bangunan kediamannya di Diyarbakir, tenggara Turki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Baca Lagi:
Wanita ini beli helmet RM86,000 bayar ‘cash’ hadiah kepada suami
2 tahun diganggu wanita ‘psiko’ ustaz trauma hidup dalam ketakutan
Bank dah tak terima duit syiling ke? Bapa bengang kena reject 2 kali
CATEGORIES