[VIDEO] Detik terakhir sebelum pesawat penumpang terhempas di Nepal. Sekurangnya 16 terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di Pokhara, barat Nepal hari ini, kata jurucakap tentera, ketika pasukan penyelamat berada di kawasan berbukit lokasi kapal terbang itu terhempas.
“Kami jangkakan lebih banyak mayat akan ditemui. Pesawat itu pecah kepada beberapa bahagian,” kata Krishna Bhandari kepada Reuters.
Jurucakap syarikat penerbangan itu, Sudarshan Bartaula berkata seramai 72 penumpang termasuk dua bayi, empat kru dan 10 warga asing menaiki pesawat dua enjin ATR 72 milik syarikat Yeti Airlines.
“Kami tidak mengetahui warganegara penumpang itu. Kami sedang mendapatkan pengesahan,” tambahnya.
#BREAKING: New Video Captures The Moment A Yeti Airlines Flight Crashed In Nepal A Short Time Ago, Killing At Least 30 And Leaving Dozens Unaccounted For. #BreakingNews pic.twitter.com/1zPmRNzaeM
— Breaking 4 News (@Breaking_4_News) January 15, 2023
Laporan daripada stesen televisyen tempatan menunjukkan asap tebal di lokasi pesawat itu terhempas dan pasukan penyelamat serta orang awam berkumpul melihat bangkai kapal terbang itu.
FlyYeti flight from Kathmandu to Pokhara in Nepal crashes while landing at Pokhara airport. There were 72 people including 68 passengers on the plane. pic.twitter.com/qJp5xFn4wP
— Ashok Shrivastav (@AshokShrivasta6) January 15, 2023