[VIDEO] Abang bomba selamatkan kucing terjatuh Jambatan Pulau Pinang.

Photo of author

By Syima Iza

[VIDEO] Abang bomba selamatkan kucing terjatuh Jambatan Pulau Pinang.

“Terima kasih abang bomba, sanggup korbankan tenaga selamatkan kucing yang terjatuh bawah jambatan.”

Itu antara komen netizen pada sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pegawai bomba, @johnlabu306 di laman TikToknya, semalam.

[VIDEO] Abang bomba selamatkan kucing terjatuh Jambatan Pulau Pinang.

“Kucing pun ada usaha untuk hidup,” kata pegawai bomba tersebut di ruangan kapsyen.

Menurut @johnlabu306, kucing tersebut kini dalam keadaan selamat dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jambatan Pulau Pinang berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan pegawai bomba tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak abang bomba. Mesti kucing itu sejuk. Entah berapa lama agaknya dia berenang mencari darat,” kata Ima.

@johnlabu306 Kucing pon tau usaha untuk hidup.. #kucingviral #fyp #ppda #ppdabutterworth #bomba ♬ Pirates Of The Caribbean – Main Theme – He’s A Pirate – Geek Music

“Terima kasih orang baik, semoga diluaskan rezeki seluas lautan,” kata Memey.

“Macam mana boleh terjatuh bawah jambatan tu? Mesti ada orang buang,” kata Say.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 8,294 tanda suka dan 492 komen.

Baca lagi:
Selepas tular sotong manis dijual harga RM50, pemilik restoran tampil beri penjelasan
“Jangan sebarkan berita palsu, tuan badan sudah selamat sampai rumah” – Tular Syamsul Debat meninggal dunia dalam kemalangan tidak benar
Goda isteri orang di Terengganu boleh didakwa