Ustazah buat solat istikarah tujuh kali sebelum terima lamaran jejaka Belgium

Photo of author

By Syima Iza

Ustazah buat solat istikarah tujuh kali sebelum terima lamaran jejaka Belgium. Seorang ustazah yang berasal dari Lombok tular di media sosial Indonesia kerana melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dari Belgium, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Mauni, menceritakan kisah ketika dia mula mengenal suaminya menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @lombokdokumen.

Pasangan itu mula berkenalan melalui aplikasi Muslimah.com sejak Disember 2022 dan kemudiannya bertukar nombor untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Ustazah buat solat istikarah tujuh kali sebelum terima lamaran jejaka Belgium

Setelah lama berkenalan, lelaki bernama Jawad itu meluahkan perasaannya kepada Mauni menerusi WhatsApp. Ketika melihat Mauni, Jawad mendakwa dia seperti melihat satu cahaya dan ingin terus bersamanya.

Setelah isi hatinya ditolak, Jawad membuat panggilan video untuk menjelaskan alasan dia menyukai Mauni.

Menurut Mauni, selepas mengetahui isi hati Jawad, dia melakukan solat istikarah sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan petunjuk.

Dia kemudian bersetuju berkahwin dengan Jawad dalam satu majlis sederhana di Lombok.

@lombokdokumen Mauni mengaku sampai shalat Istikharah 7 Kali untuk meyakinkan Bule Asal Belgia itu Jodohnya. Tonton selengkapnya di Channel Lombok Dokumen #viral #lombokviral #virallombok #jodohku #taaruf #fyp #menikahbule #belgia ♬ Ketika cinta bertasbih_ – A

@lombokdokumen Tersentuh Pengakuan Bule Belgia Hingga Memilih Orang Indonesia Dijadikan Istri #viral #lombokviral #virallombok #fyp #menikah #taaruf #jodohku #jodohbule ♬ Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio

@lombokdokumen Mauni menceritakan kisa cintanya menemukan pasangan orang Belgia itu berawal dari perkenalan melalui aplikasi cari jodoh Muslimah.com “Awal kenalnya bulan Desember 2022, melalui aplikasi muslimah.com, disitu kita saling komunikasi,” kata Mauni. Setelah melakukan kenalan melalui aplikasi, berjalan waktu kemudian keduanya bertukar nomor whatsapp untuk komunikasi selanjutnya. “Di dalam WhatsApp itu kita berdiskusi, bahwa dia (Jawad) mengutarakan perasannya suka sama saya dengan ijin Allah,” kata Mauni. #bule #menikah #Ta‘aruf#ranggagata #fyp #viral #virallombok #lombokviral #belgium ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Baca Lagi:
Dicekup anak sendiri, warga emas berkopiah ‘kantoi’ berkhalwat dengan perempuan muda dalam tandas
Nenek mohon maaf, minta jangan kecam cucu calarkan kereta jiran
Wee Ka Siong bawa 3 biji telur ayam ke Parlimen