Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong

Photo of author

By Syima Iza

Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong.

Ketua Aktivis Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain, telah tampil memberikan teguran dengan harapan agar restoran Pak Mat Western dapat menambah baik kualiti makanan yang dijual.

Teguran Demi Kebaikan

Ustaz Sophian review servis Pak Mat Western buat ramai netizen sokong

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sophian memaklumkan bahawa beliau berada di restoran Pak Mat Western di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang penajaan terlibat dan semua makanan dibeli menggunakan duit sendiri.

**“Air Spanish Latte memang sedap, tapi untuk saiz kecil seperti ini dengan harga RM11.90, saya rasa tidak berbaloi.

“Seterusnya, saya order daging. Makanan ini baru saja sampai, tapi sejuk. Memang kurang menyelerakan untuk harga sebegini.

“Kita beri maklum balas sebagai rakyat marhaen,”** katanya.

@ohmymedia.cc Katanya ingatkan tunggu lama, dapat la makanan panas2 tapiii… 😥 #ohmymedia #ommbest #viral #foodreview #pakmatwestern ♬ original sound – Oh My Media

Sophian turut menyatakan bahawa beliau telah menyokong perniagaan Pak Mat Western sejak awal pembukaannya.

Respon dari Pak Mat Western
Tidak lama selepas itu, akaun rasmi Pak Mat Western memberikan respon terhadap teguran yang dibuat oleh Sophian.

“Terima kasih untuk maklum balas daripada pihak tuan. Pihak kami akan ambil maklum untuk penambahbaikan di masa hadapan,” tulis pihak restoran tersebut.

Baca Juga:
Rakyat Malaysia boleh cuba, ini senaraj pekerjaan ‘High Demand’ di Singapura
“Ramai yang merungut”- Lesen, cukai jalan fizikal bakal kembali tahun depan, mungkin ada caj tambahan
Dendeng, sambal nyet berapi Khairul Aming kini disahkan halal oleh Jakim