Ustaz panjat katil pelajar tengah malam dihukum penjara 150 tahun & 30 sebatan

Photo of author

By Syima Iza

Ustaz panjat katil pelajar tengah malam dihukum penjara 150 tahun & 30 sebatan.

Perbuatan tidak bermoral seorang pekerja madrasah dekat Mersing melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki tahun lalu terbalas apabila dia dipenjara 150 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu terhadap pembantu guru madrasah, Mohd Faizal Man, 45, selepas mengaku bersalah atas 15 pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Ustaz panjat katil pelajar tengah malam dihukum penjara 150 tahun & 30 sebatan

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, bapa tunggal itu didakwa melakukan kesalahan dengan melakukan perbuatan mencabul bagi maksud seksual dan seks oral ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dua bulan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik tidur dalam surau madrasah tahfiz berkenaan di Air Papan, Mersing bermula pertengahan Mei 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan ketika tempoh penahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat keluarga mangsa selepas mangsa tidak mahu pulang ke madrasah tahfiz itu pada 29 Januari lalu kerana mendakwa selepas mendaftar masuk ke madrasah itu pada 24 April 2024 dan pada penghujung April itu, dia ditempatkan di satu bilik bersama tertuduh dan merasa sakit dan perit pada bahagian dubur ketika bangun pagi.

Mangsa mendakwa pada waktu malam ketika sedang tidur, dia diperlakukan perkara tidak senonoh berulang kali. Tertuduh kemudian ditahan polis pada 30 Januari lalu.

Baca Juga:
Isteri mental ‘Koyak’ buat status WhatsApp sampai suami merajuk berbulan-bulan
Masuk penjara sebab parkir RM7, lelaki British labelkan Malaysia sebagai ‘Neraka Tanpa Hak Asasi Manusia’
Ini sebab kenapa Yuka Kinoshita ikon ‘Mukbang’ terkenal dari Jepun umum bersara